Wednesday, 15 May 2013

eskapiszem

Untuk kali kedua , dalam seumur hidup gua
dan untuk julung-julung kalinya di Universiti Malaya.
memori memacakkan kaki ke pentas puisi...

Kerana Zulaikha~

kerana Zulaikha,
aku memaksa diri menjadi yang dia suka
yang dia percaya aku bisa begitu dan begini
yang dia yakin separuh mati

Zulaikha,
andai saja kau tahu aku bukan terlalu istimewa
untuk mengidam menjadi sesiapa
untuk dilihat oleh manusia
atau menjadi makhluk yang punya nama
tak

aku cuma aku
yang mencuba terlalu kuat
untuk menjadi yang baik dari semalam

mencoba dengan kuat
untuk berdepan dengan dunia yang sebenarnya ....
aku benci seribu kali benci dengan ragam sibuknya
( andai saja aku bisa bersimpuh bertasbih sepanjang masa...)

kerana Zulaikha,
akhirnya aku ikutkan saja,
atas nama "kerana Zulaikha"

lalu memori itu berlakon layar~

1.bangun lewat
2. google puisi ( mengikut kata hati.... (taip) nyanyi sunyi Amir Hamzah!)
3. save puisi
4. pergi APM terhuyung hayang pening
5. print puisi
6. cari lagu latar puisi ( aku amik lagu ayat2 cinta mulanya,,,entahla, rembat je)
7. masuk dewan ( aku cari kamu dulu! , tak jumpa, hampa,,,eh, kamu didepan dengan roza)
8. betulkan tudung
9. tukar lagu latar.
10. pergi toilet tenangkan diri ( bercakap seorang diri)
11. tunggu dan tunggu giliran aku ( sambil mencuri-curi pandang pada kamu, dengan roza ,,,bahagia la tu)
12. nama dipanggil
13. menapak ke pentas ( aku dengar kamu panggil nama aku < satu-satunya suara yang jelas saat itu)
14. tangan menggeletar, ( kulihat audien, tak mahu lihat kamu, nanti bertukar lucu :P)
15. Kupandang puisi ditangan
16. kuseru nama ibu..... ( kerana itu sumber segala ikhlasku !)
17. habis kikis cintaku hilang terbang....( aku pulang padaMU Tuhan!
terbang.... terbang......terbang lagi ( rasa bahagia)
18. tiba2 semuanya habis...
19. terima kasih, ( puisi padaMU jua, Amir Hamzah.

Zulaikha rupa-rupanya buat benda ni bahagia juga!

kerana Zulaikha,
aku cuba berbeza pandang pada dunia saat ini
bahawa jadilah apa yang kamu suka seadanya
BERANI MENCUBA!
BERANI BERCINTA!
BERANI PASRAH!
BERANI REDHA!

dan akhirnya, aku jumpa kunci hidup yang seterusnya...
>>lantunkan puisimu pada Tuhan, pasti didengar seantero alam.

kerana Zulaikha,
terima kasih

p/s: maafkan kalau ..
ayat ini bikin kamu muntah hehe.
tak sedap, tak macam kamu.... :)

Tuesday, 26 February 2013

Dia dari penjuru Khaabah (1)

Melihatmu, aku mentamsil diri,
sejauh manakah terlaksana janji
sejak azali~


Ninja dipandu agak laju dari kebiasaan. Almaklumlah aku ni jenis pelambat, nak tak nak, kena sampai ke tempat yang dijanjikan pada waktunya. Tambah pula kata senior yang lain, Cikgu Rizal akan turut pada majlis makan malam tersebut. Nampaknya, lagi kena pecut lah ni.

Aku mula memulas handle Ninja dengan lebih laju. Kaca depan helmet sudah agak kabur dengan titisan remis hujan. Hati aku merona senyum. Siapa yang tak suka gerimis hujan, keadaan itu tenang dan damai sekali. Namun, titisan mutiara langit seakan memberi khabar sayu malam itu. Apa yang sebenarnya yang akan berlaku aku belum tahu, tapi dari perkhabaran senior, seakan perkara besar yang ingin dibincangkan dengan Cikgu Rizal.

Hujan mula mencurahkan khabar dari langit. Angin sepoi-sepoi bahasa mula melirikkan nada melankolik. Sejuk mula mencengkam tubuh yang berbalut jaket hitam pemberian pemuda serambi mekah. Siapa? Biarlah rahsia. Hehe.
////
Aku cepat-cepat mengunci Ninjaku satu-satunya itu sebelum memasuki restoren mamak bersebelahan Masjid Ar-Rahman jalan TAR. Hujan mulai lebat. Pasti ramai yang sudah datang fikirku. Senior dan sahabat lain untungnya memiliki kereta. Cuma aku ini lebih selesa dengan roda dua. Nak kemana-mana senang, apatah lagi dengan situasi KL yang makin mengada-ngada jamnya.

Aku berlari-lari anak menghala ke beranda kari kepala ikan Ramli. Aku betulkan tudung hitam yang dilenyek dek helmet. Beg sandang bertulis Universit Malaya itu sudah agak basah. Nasib baiklah hujan tidak terlalu lebat.

Aku menoleh untuk memasuki restoren yang berhawa dingin itu. Terkesima! Ada redup wajah yang aku rindu terpana di mataku saat itu. Pemuda di serambi Mekah! Bukankah dia masih di Cairo dengan kursus perubatannya ? Pelbagai pertanyaan mula bersarang dalam kepala.

Ya Allah, kuatkan hatiku ini, pintaku nanti emosiku ini tidak keterlaluan terpamer dihadapan mereka-mereka itu, takut nanti menjadi bahan gosip, Aku tak mahu menumpahkan air mata gembira disitu, malu nanti. haha. Mekarnya senyum dalam hatiku ini cuma Tuhan yang tahu. Mahu sahaja aku terus senyum padanya. Takpun, melompat setinggi udara menyatakan betapa aku rindu untuk mertentang kata dengannya.

Tapi situasi dirinya agak aneh, “Rapatnya dia dengan perempuan sebelah tu, main tepuk tampar lagi, ish, ada yang tak kena ni.” Namun aku biarkan sahaja pertanyaan itu, tak mahulah rasa gembira aku ini terkubur.

Aku melangkah lambat-lambat dek pertanyaan yang sedang terproses di akalku saat itu. Tiba-tiba, Ounchh!!!, Berasa kebas bahuku di langgar oleh seseorang, Aku melurut ke bawah mencapai beg galas yang terjatuh, sekali lagi, aku merasakan ada orang yang memegang kedua belah bahuku. Aku terus mendongak secara reflek, lantas tertelan air liur,” glupp,” dekatnya wajah dia saat itu hampir sahaja menjulingkan mata hitam aku. Kami berdua kaget yang teramat.
“Awak tak apa-apa?” Suara yang amat biasa didengar!

“Tak, saya okay, jangan bimbang.” macam pernah tengok wajah lelaki depan ni, tapi siapa ye?
“Nazh kan? Dia melontarkan pertanyaan terus kepadaku yang masih menggosok-gosok bahu perit.
“A’ah, abang…. Aman ….kan ? La, bila lagi datang dari brunei? Tak cakap pun nak datang… haha. Senyum menguliti bibir dan pipi. “Eh, jum masuk….”

“Amboi, datang berdua, janji ke apa ni, usikkan Kak Pia menyebabkan seluruh mata tertumpu kepada kami berdua. Sudah!, kataku dalam hati. Kak Pia ni tak habis-habis nak jodohkan orang.
“Haha, Kak pia ni tak habis-habis” Kataku cuba menutup rasa malu, lantas tersenyum pada semua.
“ Alah, kalau datang berdua pun apa salahnya” Abang Aman membalas kata Kak Pea
sambil bersalam dengan Cikgu, Aku sekadar mengerut dahi, haha

“Apa khabar semua? Assalamualaikum, ini saya bawakan ole-ole dari Brunei,”. Sambil abang Aman mengeluarkan ole-olenya, aku mencuri pandang ke arah Iman, bakal pegawai perubatan dari Mesir.

“ Dia tak nampak aku ke? Aku berkira-kira. Owh, baru aku ingat, perempuan sebelahnya itu junior kami, Izzati, budak biotek di Universiti Malaya. Seadik seguru dengan Cikgu Rizal di gelanggang Gayong UM mana boleh dilupa, aku senyum sendiri saat itu. Mengimbau saat indah zaman siswa siswi ibarat mengunyah gula-gula, sweet gitu !

“ Nazh apa khabar?

Lamunan terus padam dan aku mencari penanya soalan, Abang Amin! “Alhamdulillah, abang bila balik dari Mesir, minggu lepas tak salah ada di India bukan? Melancong? Aku sentiasa mengikuti perkembangannya di laman sosial, tak juga blog. Kami juga kerap ym bersama. Senangnya aku bila dia bertanya akan aku.

“ Owh, Abang balik atas urusan keluarga, Di India kelmarin tu bukan melancong ja, tapi ada bisnes keluarga.
Belum sempat aku terus bertanya-tanyi dengan Abang Amin, namaku dipanggil dari sudut tepi,

”Nazh!!!!, haha, panggilan itu diselangi dengan gelak ketawa riang,
“La, hampa ka! Lama tak jumpa, come-come somo male ni deh, ado ore nak nikoh ka? Haha.”Aku menyapa mereka menggunakan bahasa kawan-kawan yang bercampur kedah, Kelantan , Terengganu dan bahasa merapu, “ korang datang berempat eh? Tanyaku,

“ Ye la, kita semua contact kau tak dapat petang tadi, tau la ahli bisneswoman yang tersibuk di KL sekarang, kan Cikgu”

Cikgu pandang kami dengan pandangan lucunya, “ Haha, memang la, kau je sorang yang jadi peniaga kat “K Yel” ni kan, takpe la sibuk, cikgu paham- cikgu paham,” sambil mata ke bawah, tangan diatas,
“Serta- merta seisi meja yang bersambung dua itu ketawa terbahak-bahak”

Itulah kelebihan Cikgu, pelawak orangnya, santainya membuatkan anak murid mahupun sesiapa sahaja akan selesa mendekatinya. Nilai merendah diri, santun dan ramah itu membuatkan kami anak muridnya tambah hormat padanya, apatah lagi musuhnya. “Cikgu-cikgu”
Abang Aman yang mengambil tempat bersebelahhanku mula bertanya kepada Cikgu akan amanat malam itu,

“Cikgu, kalau boleh tahu, malam ni apa amanat yang nak dibincangkan Cikgu, ramai yang datang ni, mesti ada berita gempar ni”, Tanya Abang Aman sambil meneguk teh tarik yang dipesannya tadi.
“ Sebenarnya tak ada apa-apa pun, rasa agak lama tak jumpa, itu yang ajak kamu semua keluar tu, lagipun hari ni kan hari minggu. Yang ada agenda besar Tanya dua sameon tepi ni dengan sameon hujung tu,”

Sekali lagi gelak kami pecah. “ Sebenarnya Abang Syed dengan Kak Nadia akan menimang anak baru tak lama lagi!

Mataku tercengang! Wah, tahniah, bertambah betul rezeki mereka,
Kemudian semua mata beralih kea rah Abang Amin.

 “ Saya pun ada berita nak dikhabarkan kepada semua, Kepulangan saya ke Malaysia ni pun atas hajat besar itu sebenarnya, InsyaAllah tak lama lagi keluarga saya akan ada membuat majlis besar untuk meraikan ahli keluarga baru,….

Tumpuanku terganggu dek nada getar dari jaketku, “Ros yang menelefon, ada apa dia ni, takkan masalah yang sama kot,” aku hidupkan butang sibuk, ….tak mahu mengangkat panggilan saat penting seperti itu, tiada adab dipandang orang nanti, apatah lagi, yang berucap itu jantung hati, pengarang cinta aku, . Ya, aku pencinta dalam senyap.

Mesej dari Ros aku terima, “ Ya Allah, sebutku dalam doa, kasihan Ros, sekarang dia dilanda kesusahan, Razak bajingan itu sekali lagi mengganggu Ros. Pastinya sedang buat bising di luar rumah lagi, tak pun dipintu …Ya Allah, tunggu sebentar Ros,”
Aku mengangkat telefon memberikan isyarat harus mengangkat panggilan penting, Serba salah saat itu aku ketepikan, keselamatan Ros lebih utama.” Aku berlalu dari
mereka agak jauh lalu menelefon Ros,

“ Hello, Nazh, tolong aku, dia ada kat luar rumah sekarang, dia marah-marah, aku
takut! Tangisan diselangi sendu itu menyesakkan dadaku,

“Ok, jangan buka pintu, tunggu aku datang!” sabar Ros, tenang. Insan lembut seperti Ros sering saja dibuli orang, apatah lagi oleh bekas teman lelakinya. Ros, selagi aku ada, aku yang akan jaga kau!
Aku berkira-kira untuk kembali ke meja meminta izin untuk pergi atas urusan kecemasan, namun, langkahku kaku disaat itu tatkala kalimah yang satu itu menjengah cuping telingaku, PERKAHWINAN….

“ InsyaAllah, jemput datang majlis perkahwinan saya pada bulan depan. Maaflah semua, kami sebenarnya telah berkahwin, tapi atas sebab-sebab tertentu, majlisnya belum secara umum.”

“ Jantungku retak! Mataku mulai berkaca, aku hilang arah ketika itu. Kucapai kunci motorsikal dari dalam jaket lalu aku meluru keluar. Dunia seakan asing buatku, aku pinar…”
cinta tak bererti memiliki,
apatah lagi menguasai…
bersambung…
////////

faisal arif shah
kk4
6.16 pm
24 feb 13

Monday, 25 February 2013

Gambar ni?

ROTU!!!

Hutan!

aku dan hutan tak dapat dipisahkan, :)
kena tidur awal, esok kena ke lib..... semangat sem baru

Thursday, 21 February 2013

Malam yang sempurna

 Malam ini malam sempurna,
sebabnya?
 pena aku mula bergerak setelah sekian lama kaku dijerat dakwat sendiri ( betul ke ayat ni? haha, hantam sahaja)

Aku tak pandai nak karang-mengarang ni, tapi aku suka menulis

dan hari ni nak tulis tentang refleksi aku tentang dunia aku 2 3 menjak ni.

1. Kerap berjumpa dengan manusia bercabang lidah ( kesian dia). Masing-masing menegakkan benang basah yang hakikatnya dah lama kuyup, nak terputus pun. A menyatakan dia benar, B salah. B menyatakan dia benar dan A benar...

owh! bagaimana ni? Owh dunia, sungguh aku tak ada masa untuk melayan kerenahmu,
tapi ada sesuatu yang aku pegang, walau siapa jua musuhmu, jagalah aibnya selagi kamu berdaya, bukankah Tuhan berjanji akan menjaga aibmu. :D

2. Bertemu situasi yang agak kaget apabila teman kamu telah berkahwin, dan kedua-duanya masih belajar, dan kamu selalu bertemu dengannya!

owh tidak! bukan aku reles sama kamu,  tapi aku sedang dalam proses pematangan " ( aku tak mahu matang lagi) ....well, aku kena biasakan diri dikelilingi kawan-kawan yang dah kahwin.

dan paling penting, aku dah tahu cara jadi orang dewasa dan berbahasa dewasa. Tandanya: aku mula memanggil seseorang dengan panggilan awak, saudara,  cik dan encik,.....sebab sebelum ni aku panggil orang semuanya kak.., abang..., ( macam la aku ni muda lagi nak men tua kan orang....haha).

3. Aku dah boleh kawal rasa rindu pada something.... caranya,,, relak dan sibukkan diri dengan sesuatu. Kalau tak, boleh sasau . Doa dan zikir tu tentulah penting.. :D....rindu rumah contohnya...

Hujan redup dari sisi jendela kk4...jadi jangan pelik kalau penghuninya melekat di katil, tapi aku lebih memilih berada di sisi jendela, .... :)
4. its all about love ;D

Tuesday, 8 January 2013

Aku tak nak anak aku baca buku tu!.....tak tergamak kot...


::aku tak nak anak aku baca buku tu!


Di Malaysia sekarang, ada banyak penerbitan buku "underground" yang muncul bagai pesta cendawan selepas hujan.

Menariknya buku-buku itu memang "tumb up" dalam teknik penulisan baru dan variasi "combat" mata pena, disamping  kekuatan pengarang muda yang memberi perspektif pemikiran baru yang dinamik..

penulisan baru dan variasi "combat" mata pena, disamping  kekuatan pengarang muda yang memberi perspektif pemikiran baru yang dinamik..

Namunnnn..!.Namun, realitinya pengarang agak longgar dalam memelihara sensitiviti norma dan skop puitika berbahasa itu sendiri. Aspek kemuliaan agama lagilah perlu dipelihara.

Namunnnn..!.Namun, realitinya pengarang agak longgar dalam memelihara sensitiviti norma dan skop puitika berbahasa itu sendiri. Aspek kemuliaan agama lagilah perlu dipelihara.

Tidak dinafikan, kadang-kadang pengarang perlu menggunakan perkataan "lucah" untuk memberi gambaran tepat tentang horizon dan vertikal sesuatu peristiwa atau perkara yang nak disampaikan. Tetapi sungguh nak termuntah jika "erotik" dan "kata borbok itu disampaikan dengan cara yang "murahan".

//////////////////////////////////////////////
cuba perhatian rentetan sejarah
1. Di Indonesia tak lama dulu, masyarakatnya dilanda gelombang sastera yang indah. Lebih tepat lagi lambakan dan perkembangan sastera "wangi" atau lucah.

2. Dan, seorang aktivis sastera dan penulisan ilmiah yang dipelopori oleh habiburrahman el shirazy mula sedar akan kepincangan norma Islam dan kehalusan timur jika sastera itu tidak dibendung

3. Jadi lahirlah sastera islam komersil seperti "ayat-ayat cinta", ketika cinta bertasbih, di atas sejadah cinta , di atas mihrab cinta dan banyak lagi. Lalu menularlah rentak sastera tersebut di Malaysia juga.

4. Satu perkembangan yang baik bukan? :) Itulah kepentingan natijah sastera sebagai "seni untuk masyarakat". Lebih luas lagi, seni sastera dan keindahan susun kata yang digunakan untuk mendidik pemikiran masyarakat.

5. Pro dan kontra pasti ada. Itulah titik kepada perkembangan ilmu dan kemuliaan berbezanya kita sebagai manusia baik dari aspek pemikiran, ilmu, emosi malah fizikal.
////////////////////////////////////
Jadi,?
jadilah seorang penulis yang punya tatacara :)
 
tak nak cakap karya kontemporari underground ni kotor atau tak bagus....baca sendiri baru tau,,,,,tapi bagi aku yang membaca: ada sisi baru yang mencerahkan akal mata , budi hati, bahkan isu kemanusiaan


ilmu dan mata pena itu mulia dalam menyampaikan keramat ilmu pencipta, kenapa pula mesti kita lumpurkan dengan kenistaan dan keburukan akhlak yang tiada terbela

:: bukankah hadirnya Muhammad S.A.W sebagai "memperelok akhlak" kepada manusia.....
>>>>>>mari rakan, sahut cabaran.... mari bina empayar sastera kontemporari underground bernadi syariah bernafas syahadah ! :)

>>><<< 
*BIla kita abaca sesuatu perkara mestilah kita akan cakap kita tak kisah dan “open minded”….tapi cuba kau Tanya pada diri sendiri, sanggup ke bagi adik, mak ayah kau dan anak-anak kau nanti baca?..... tergamak?
++++++++++++++++++++++++++++++++++
===================================
*lewat perbincangan kosong berisi sikit dengan rakan ..

Rakan: buku underground tu memang bagus, tapi aku tak nak anak aku baca!... tak tergamak kot….punah akal bersih budak tu…..
===========================================
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

entahlah

Salam dan hai.

Aku cuba melihat dunia dengan pandangan cinta. Ingin melakukan itu dan ini. Aku merasakan hidup di dunia perlu "enjoy"... feel the each of air that you breathing on!. Kenapa mahu menjadikan kesedihan, kegelisahan dan kesibukan mematikan angan hidup di dunia ini. Ramai yang memikirkan hidup di dunia perlu kepada  kesusahan kerana hakikat hidup adalah berujian. Betul? betul la hidup itu ujian,

tetapi Allah kurniakan cinta dan hati untuk apa?        ..............

berbahagialah wahai hati ...
sabarlah duhai rindu..............
kuatlah wahai diri.... :")

Wednesday, 12 December 2012

Bila Sasterawan Negara ''like" status anda...~

AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
...
..
.
Tergamam seketika bila seorang yang kita kagumi menge"like" gambar di status FB.  Di fikiran bermain macam-macam permainan. Beliau silap tekan butang like kot, Beliau nak uji aku ke ni, beliau , beliau, dan beliau. Tapi persoalan itu semua hilang tiba-tiba sebab gembira terlampau...heheTakde la gembira sangat, itu riak,,,,huahua.

 Tapi alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar.....hubungan pembelajaran aku dan tokoh tersebut. Pembelajaran jarak jauh secara psikik, mistik dan elastik,,,,hehe. Apa yang aku merepek pun tak tahu.

Semuanya bermula tak lama dulu, suka-suka "add" dan "subscibes" orang-orang sastera dan ahli akademik kat FB. Bagi aku, daripada baca status entah apa-apa kat wall, baik aku baca status mereka-mereka yang berkenaan. Dulu buat dekkkk jugak kalau ada jumpa FB orang besar-besar ni, tapi sejak terbaca 2 3 entri mereka, nampak PEMIKIRAN matang yang tak pernah aku ada.

 So, why not i being in their shoes. Pemuda- pemudi perlukan pengalama orang lama, pemikiran di luar kotak dan idea gempak macam ni, barulah UMMMPPP! Aku tak mahu jadi pak turut. Kalau ada polimek isu semasa muncul, kita marah-marah tak tentu pasal, mengikut je entah betul entah tidak. Lama-lama memang banyak yang aku dapat. Dapat cara bersabar, cara berfikir dan lain-lain..Ilmu tu!.

Oleh sebab aku bergiat dalam dunia sastera ni, sememangnya perkembangan luar dalam sastera perlu amik tahu. Jadi melalui mereka-merekalah aku celik sikit. Kalau dulu, aku ingat A. Samad Said je sasterawan Negara,...hohoho. Teruk kan...

Secara ikhlasnya, dalam kecetekan ilmu tentang agama, kita akan mencari-cari sesuatu untuk isi kekosongan tersebut. Jadi kita akan kerap kunjungi taman-taman syurga. Aku mulai terfikir, kenapa tak biaskan cahaya Islam dan hidayah Allah ni dalam setiap urusan yang kita hadap sehari-harian. Belajar sastera dengan sinar Islam sesuatu yang AMAZING!!! Bukankah Allah itu indah dan sukakan keindahan.



Buku masih dicari untuk koleksi.....ada je kat DBP tapi tak tahu bila nak pergi....* kisah cinta sufi para nabi
 

KEMALA antara sasterawan sufi yang banyak mengikat hati batu ini ke arah mengenal Tuhan. Kredibilitinya sebagai seorang yang beragama juga ada. Jadi sudah pasti, setiap bait-bait puisi dan nukilannya bersandarkan kepada ilmu. Sama halnya dengan HAMKA dan AMIR HAMZAH juga JALALUDDIN RUMI..... dan banyak lagi.

Berbalik kepada kes awal tadi, Nak kawan dengan mereka-mereka ni kat FB kena ada adab la. hehe. Lepas request friend' kalau mereka approve, cakap la terima kasih, berbasa-basi sikit..... Niatkan uhkwah ini kerana Allah....* sucinya hati aku....hehe.lebih kurang la....Anak Melayu kan bersopan-santun. Kalau boleh, hargai apa yang mereka post dan share jat FB tu dengan LIKE status tersebut, itu maknanya kita pengikuti perjalanan mereka. Itu juga cara menuntut ilmu jarak jauh....hehe.

KEMALA share gambar saya? hehe. Memang tak sangka.... Terima Kasih....

Ahmad Khamal Abdullah atau KEMALA; sasterawan negara ke-11
 
Aku bersama Boboi....dush2, kanak-kanak riang di UTHM...
 
Kemala ada datang ke UM 3 Mei untuk program Malam Suluh Sinar sempena Road show Kemala dan e-sastera. Sempat juga dengar Kemala berpuisi. Puisi yang sangat Islamik dan menggunakan laras bahasa Islam yang tinggi. Pendek kata, bukan sebarang orang yang dapat berfilsafat macam tu. Penuh perlambangan yang indah tapi menyuburkan jiwa dengan HIDAYAH.  Bak kata
A. Wahab Ali


puisi itu sepi

pada kata

dalamnya

nyaman pengalaman dari renungan

dalam kesepiannya

sesekali

menjelma nabi

menjagakan pencintanya
erti manusia.

Aku sempat juga coretkan puisi adaptasi malam tersebut... :)



malam suluh sinar <3 3mei <3 um...

by Nurfazlina Ariffin on Friday, 4 May 2012 at 03:41 ·

kata -kata tuhan takkan pernah habis,
pada bicara sufi juga alimi,
yang membasahkan bibir mengalunkan zikir,
yang membersihkan hati mengingati mati,
demi pertemuan yang hakiki,
...
Dialah Tuhan yang maha agung,
pencipta kata pada bicara,
menyebarkan cinta pada manusia,
menghembuskan rindu pada harapan,
biarpun jauh beribu-batu tanpa tatapan
...
Dialah al-Khalid teduhan jamal
yang menciptakan sakti pada tinta,
yang merombakkan keramat pada bahasa,
langsung tak pupus ditelan masa,
juga badai yang datang melanda,
...
sedang kita bicara tentang pena,
kita pasti lupa pada tintanya,
sedang bicara tentang tinta,
kita terlupa pada lembarannya,
sedang asyik pada lembarnya....
kita lupa
...
kita langsung lupa ...
pada amanat lahirnya bahasa,
agar apa yang terzahir pada bait-bait rela itu,
adalah bait mengingatiMU,
bukan bait yang menghanyutkanmu,
dalam lubuk cinta berpura-pura...
...
Ya Tuhan,
solatku ini,
amalku,
hayatku,
matiku,
lillahhirobbilalami...

....
...
..
Buat  Datuk Kemala, harap dapat menimba ilmu dengan anda....
.


Ok, waktu berjimba-jimba sudah tamat, mari sambung bertugasan bersama buku-buku sebelum peperiksaan akhir bulan Januari ni.... :)


Monday, 10 December 2012

Blurr

....
...
..
.
Minggu yang sangat menggembirakan kebelakangan ini...( reverse maksud ye), sebenarnya minggu yang dot, dot, dot. Aku ada banyak kerja, tapi sebab seronok ( reverse maksud) sangatttt untuk menghadapi musim-musim tengkujuh ilmu, aku jadi sangatttt lah blur. Aku boleh tidur sedangkan kerja melambak-lambak,,,,,,fazlina....kau dah teruk ni,,,,huahuahua.

Aku takut kecewakan mak abah di kampung, aku tahu aku tak lah pandai sangat, tapi aku tak juga bodoh sangat..hehe...aku tahu setiap orang ada kelebihan masing-masing. Aku tahu kalau berusaha semuanya akan menjadi lebih baik,,,,,,tapi aku ?? aku >?? aku ??? semuanya BERANTAKAN 2 3 minggu ni...TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. k., Masing ada k di belakang "tidak", maksudnya aku kena struggle lagi kalau nak berjaya. Kejayaan tak pernah terlambat... Chaiyokkk3. :),

Masalah kalau mahu diselesaikan kena ada perancangan kan, jadi perancangan aku sekarang....buat apa yang tak siap dulu...push sehabis mungkin......come on Fazlina!...

Masalah yang lain sekarang ni masalah jiwa.. Tertekan sangattttt pikir pasal soal mate ni....hoho. Aku masih mahu belajar, aku belum mahu bercin.....(kamu juga tahu apa kan...hehe)... Aku tak kisah siapa sahaja yang ditakdirkan menjadi teman hidup sekarang ni... Sebab aku dah dapat ilham siapa teman hidup aku.....5 tahun yang lalu. :), bayangan lelaki yang Allah ilhamkan lama dulu masih ada dalam fikiran dan hati. * ini suatu kemanisan iman yang aku dapat....bukti tuhan dekat dengan kita

Biarpun gambaran lelaki tersebut hanya bayangan belakang, tapi aku tahu itu tandanya Tuhan ada seseorang untuk aku, dan Dia tak nak aku runsing-runsing mencari dalam kegelapan. Yang tersangat pasti, Ada seseorang untuk kita. Masing-masing ada .

Sekarang ni dalam hatiku ada dua pilihan

1: sang bayang-bayang
2: dia yang dalam ketidakpastian

yang aku pilih : Aku pilih untuk setia... :)

p/s: Wahai insan-insan semua, sesungguhnya hati perempuan itu rapuh, sekali kena tiup jampi-serapan cint,...( kamu tahu apa), pasti akan cair... Jadi aku memilih untuk setia kepada janji Tuhan....aku tak mahu membuang masa menangis untuk entah siapa-siapa....merenung sisi Palestin yang penuh dengan perjuang, aku ralat dengan semua ini. Sepatutnya aku bangun berjuang, bukan meresah gundah entah apa-apa...Nak jawab apa depan Tuhan nanti.

Sunday, 25 November 2012

Seminggu bermalam di lokasi pembunuhan Sosilawati


 

LAPORAN  HOMESTAY

 

11.11.12 –hari bujang sedunia.

 

Isnin ( 12.11.2012)- Rombingan dari APM berkumpul di ‘foyer’ APM pada pukul 9.00 pagi. Selepas sesi menguruskan dokumen perjalanan, insuran, kedatangan , bayaran saguhati dan sesi penerangan, rombongan menaiki bas menuju ke Banting.  Lokasi penyerahan anak angkat adalah di homestay Kampung Endah, Banting, Selangor.   Kami bertolak pada pukul 10 dan tiba di lokasi pada pukul 12.30 tengah hari.   Pemergian pelajar diiringi oleh 5  kakitangan Akademi yang mana diketuai oleh Prof Mohktar bin Hassan.  Rombongan pelajar adalah seramai 10 orang yang mana terdiri daripada 6 orang pelajar BFSU ( Beijing Foreign Study Univercity). Pelajar dari BSFU terdiri daripada Yan Chao.  Kami terdiri daripada 8 perempuan dan 2 lelaki.
 

Ketibaan kami disambut oleh ketua kampung Endah iaitu Encik Ramlan bersama-sama keluarga angkat yang lain. Disitu diadakan sesi suai kenal dan majlis penyerahan anak angkat oleh Akademi Pengajian Melayu.  Dalam majlis kecil tersebut, anak angkat dari APM didedahkan serba sedikit tentang sejarah Kampung dan masyarakat disitu yang mana rata-ratannya berketurunan Jawa.  Tapi kesecara sosialnya menjalankan kehidupan sepertimana orang Melayu yang lain di Malaysia. Majlis disudahi dengan jamuan tengah hari berupa santapan masyarakat Jawa. Antara lauknya ialah masak lemak lotong dan tempe bergoreng.
 

Kami kemudinya dibawa ke rumah ayah dan ibu angkat masing-masing.  Kami diserahkan kepada 5 buah keluarga angkat. Setiap satu keluaraga mendapat 2 orang pelajar. Saya dan Hashimah ( HOU YANNI ) diserahkan kepada abah dan mak di jalan cempedak. Iaitu En.Sakir dan Puan. Tafsiah.  Sebaik tiba di kediaman masing-masing, kami berehat dan menguruskan penempatan diri di rumah yang berusia 100 tahun itu. Pada petangnya kami dibawa ke Pantai Morib oleh abah dan mak.
 
 

 Di Pantai Morib, abah telah menceritakan sedikit tentang sejarah tempat tersebut. Kami turut melawat tugu peringatan zaman jepun di Pantai Morib dan bekas zoo di situ. Kami turut dimaklumkan bahawa abah merupakan bekas pekerja majlis perbandaran Banting yang mana telah banyak terlibat dalam memajukan pantai Morib. Tapi akibat kelewatan saya, kami terpaksa membatalkan untuk singgah di Ekspo Pantai Morib. Hehe.

Pada malamnya kami bersuai kenal dengan abah dan mak. Kami telah ‘ngobror- ngobror’ tentang sejarah dan makluman kampung, keluarga abah dan mak serta dengan anak bongsu mereka Kak ( Tak ingat dah nama dia..huhu)……………. Dia turut menjemput kami untuk menghadiri majlis perkahwinannya pada 27 januari tahun depan.  Abah menceritakan sahsiah dan sosial masyarakat jawa di kampung tersebut dan juga di tempat asal mereka di Indonesia tengah.  Hashimah turut berkongsi cerita tentang masyarakatnya di Tanah Besar China. Paling menyeronokkan ,   Mak turut menghadiahkan Hashimah kain batik untuk dipakai.  Hashimah Nampak berminat untuk belajar cara-cara memakai kain batik.

 

Sesi suai kenal antara saya dan Hashimah disambung di rumah atas, kami kemudiannya bercerita tentag pengalaman Hashimah dan pelajar BSFU yang lain di Malaysia.  Hashimah memaklumkan kepada saya bahawa dia dan 2 orang kawannya telah dijemput oleh IVEN TEO untuk menjadi tetamu jemputan di Stesen Radio KL fm disamping melawat RTM.  Dalam temu ramah di udara tersebut, Hashimah dan kawannya iaitu kamal dan nurizzah berkongsi pengalaman mereka belajar bahasa Melayu di China dan pengalam sepanjang berada di Malaysia.

 

13.11.2012…….selasa

Bangun pada pukul 7.30. Selepas itu sarapan pagi dengan nasi goring bersama mak dan abah.  Kemudian mandi dan bersiap untuk berkumpul di dewan prang ramai sebelum ke kilang kelapa sawit.  Mulanya, kami pergi ke kebun kecil di belakang salah seorang keluarga angkat pelajar APM iaitu…………….Disana kami diberi penerangan tentang kelapa sawit. Bagaimana untuk menanam kepala sawit, masa semaian, waktu atau umur yang sesuai untuk menanam dalam lading dan bahagian-bahagian penting atau anatomi biji dan pokok kepala sawit.  Kami difahamkan bahawa 80 peratus dari hasil buminya ialah hasil kelapa sawit. Kami turut diajar cara dan alatan untuk mengait dan menuai hasil buah sawit.
 

Kemudian pada oukul 11.3, kami sampai di Kilang Kelapa Sawit iaitu Banting ( dot dot dot)…………………….Sdh. Bhd.  Kami menaiki motosikal dan basikal bersama keluarga angkat. Ada juga motor ahli keluarga kami yang pancit akibat terpaksa melalui perjalanan yang panjang untuk sampai di Kilang Kelapa sawit tersebut. Kilang tersebut amat luas dan besar.
 

Seterusnya pada pukul 12.30, kami singgah di Pusat peladang kampung Endah. Disana penerangan yang lebih padat tentang aktiviti kampung Endah diberikan. Kami turut diceritakan tentang aktiviti dan projek yang sudah dan sedang berjalan di Kampung Endah yang mana bertujuan untuk meningkatkan hasil ekonomi penduduknya. 
 



 

Destinasi seterusnya ialah ke pasar kecil kampung Endah.  Disana pengiring kami iaitu Encik ,,…………atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah telah menerangkan kepada kami tentang tanaman kantan yang dijual hasil daripada kebun penduduk itu sendiri. Biarpun pasar tersebut kecil, tapi hasil tanamannya amat berkualiti dan bebas dari bahan toksik seperti racun tanaman.
 

3.00 petang . Kami sekali lagi berkumpul di Dewan Orang Ramai. Disana ibu angkat kami telah menunjukkan cara menghasilkan empeng malinja dari mula proses memetik buah melinja sehinggalah memakan empeng. Selain itu kami turut diajar cara membuat ketupat dari daun kelapa…( daun lain…uhuh……………..).  Pelajat dari BSFU menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari seni menganyam ketupat.  Mereka menunjukkan kemahiran yang mengagumkan apabila Berjaya mempelajari lebih kurang 3 jenis anyaman ketupat dalam masa tidak kurang dari 30 minit. Hasil dari ketupat itu akan dimasak dengan pulut dan kemudiannya akan dimakan malam esok sewaktu majlis BBQ di tempat yang sama.

9 malam. Kami disajikan dengan persembahan kompang dari adik-adik sekolah rendah kampung Endah seramai lebih kurang 25 orang. Mereka telah memainkan kompang dengan sangat bersemangat dan menghiburkan.  Kami telah diajar bermain kompang.  Adik-adik tersebut sangat ramah dan tidak lokek menurunkan kemahiran mereka.   Kemudian kami telah mengikuti kelas belajar tarian yang diajarkan sendiri oleh Pak Ngah. Ternyata, walaupun Pak Ngah sudah lanjut usia, namun pengalaman beliau sebagai anak wayang sewaktu muda amat membantu. Kami diajar tarian joget.  Tarian dan kompang akan dipersembahkan oleh kami pelajar APM seramai 10 orang pada malam esok hari sempena program BBQ. Salam dan selamat malam…hehe J

*****************************************************

Rabu

14.11.2012

Berkumpul pada pukul 8 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Endah. Bas datang pada pukul 9.20 pagi lalu terus ke destinasi yang pertama pada hari itu iaitu Kilang pemprosesan Kopi berhampiran kampung Endah juga kira-kira 15 minit perjalanan.  Kilang tersebut adalah di bawah bimbingan Agro Mas dan Fama.  Antara kopi yang dihasilkan ialah kopi campuran, arabika, 3 in 1 dan pelbagai lagi

Seterusnya rombongan menuju ke Pekan Banting dan sampan melihat rumah Misbun sidek.  Destinasi kedua ialah di Pantai Cengan…………Disana air surut dan pelajar hanya berkesempatan untuk melihat hidupan laut pada waktu air surut sambil bergambar.
 
 

11.3o pagi…

Kemudian kami bergerak ke Pantai Morib sebelum pulang ke rumah masing=masing.  Dalam perjalanan kami sempat melihat lading kelapa sawit yang melata di daerah Banting ini. Kami juga berkesempatan untuk melihat kuala tempat kapal-kapal bersidai di waktu air surut.  Di samping itu, kami melewati perkampungan Orang Asli di Banting dan melalui ‘sign board’ ke Tempat bersejarah Jugra.

1.0     tengah hari

berada di rumah

5 petang

Melakukan aktiviti meronda kampung di waktu petang, melawat taman permainan kanak-kanak dan pasti serta tadika kampung.

9 malam

Aktiviti kebudayaan oleh penari cilik dari Kampung Endah itu sendiri.  Seramai 3 orang penari wanita dewasa dan sepasang penari cilik di bawah usia 12 tahun.  Kami diajar menari joget lambak, joget dan tarian inang. Tarian zapin tidak dapat dijalankan kerana masalah teknikal. Huhu. Saya rindu untuk menari tarian zapin.  Majlis kebudayaan ditamatkan dengan taklimat untuk ke putrjaya dan tempat bersejarah Jugra di samping menikmati hidangan ketupat, daging korban, kuah sate, dan rending ayam untuk santapan semua. Bye J
 

khamis

15.11.2012

Bergerak pada pukul 9 ke Istana Jugra di KG Bandar. Kemudian ke muzium kecil kg Bnadar yang mana benda purba di dalamnya adalah dikumpulan hasil sumbangan penduduk kampung. Kemudian ke Masjid kg Bandar yang mengyimpan 1001 rahsia dan kelebihannya terutama dari aspek seni bentuknya yang lain dari yang lain.
 

12.20 pg. Bergerak ke Putrajaya

1.00 tengah hari

Makan di Putrajaya. Kemudian melawat masjid dan menunaikan solat zohor. Bersiar-siar di Putrajaya. Pada pukul 3 melawat taman botani.

4.00 petang

Sampai di rumah. Pergi ke pantai Jugra.

9. malam

Beramah mesra dengan salah seorang keluarg angkat. Makan dan berbual mesra sambil bermain fb. J

 

Jumaat

16.11.2012

9. pg

Melawat IKS kek dan roti milik seorang guru bahasa Arab.  Kedai kek di Kg Endah ini mendapat bantuan  bahagian pertanian selain membeli dan menambah alat kelengkapan melalui pendapatan yang diperolehi.  Pelajar diberi ole-ole oleh pemandu pelajar .

10.pg

Melawat perusahaan dodol secara tradisional di Kg Endah. Perusahaan itu dijalankan sendiri oleh pemuda kampung terbabit. Biarpun sudah banyak perusahaan dodol menjalankan secara komersial dan mesin, tetapi pemuda contoh kampung terbabit ingin mengekalkan tradisi mengacau dodol keluarganya selama yang boleh.  Kami tutur diberi petua untuk menjaga kuali besi, iaitu menyapu sedikit minyak kelapa atau zaitun pada permukaan kuali untuk mengelakkannya cepat karat. Masa menyediakan dodol dari mula menyediakan baan sehingga siap ialah selama 7 jam.  Perusahaan kecil tersebut turut dilengkapi dengan bilik pembungkusan yang agak sistematik dan moden dari aspek  kebersihan. Hal ini untuk menjaga kualiti dan kebersihan makanan yang dihasilkan memandangkan dodol memerlukan penjagaan yang baik.  Pasaran dodol Salam berkenaan adalah sekitar Klang dan Bandar Banting serta banyak lagi tempat selain di stesen-stesen minyak berhampiran.

11. pg

Aktiviti mengisa di laut Morib. Pelajar dibawa menaiki kereta dan motosikal oleh  pemandu pelajar yang mesra dipanggil Pak Ngah.  Kami turut diajar cara mencari remis.  Hasil tangkapan kami agak sedikit mengecewakan memandangkan musim tengkujuh yang melanda perairan Malaysia sekarang.  Kami turut bertemu dengan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengisa, mencari ikan , mandi- manda di pantai dan mencari remis.  Saya juga luka di kaki kerana terpijak belangkas.
 

9 malam

Kami telah mengadakan sesi  BBQ di pusat aktiviti pelajar homestay.  Kami bersama-sama dengan keluarga angkat masing-masing, pemandu bas pelajar, serta penduduk kampung berhampiran memanggang ikan, ayam dan kerang untuk dimakan bersama dengan sambal yang sedap. J

 

 

17 nov  2012

9 pagi

Berkumpul di pusat aktiviti dan kemudian bertolak ke rumah tok Ketua @ Tok Ramlan untuk menjalankan rewang bagi majlis perkahwinan anak lelakinya.  Para pelajar telah menolong menyediakan bahan, membuat kuih koci, menyiang bahan mentah, membasuh pinggan dan menyusun atur perabot kenduri.  Kemudian pada sekitar pukul 10pagi, hujan turun dengan lewat, tapi acara rewang tetap berjalan lancar. Para ibu bapa menyiapkan makanan tengah hari untuk menjamu orang kampung yang bergotong-royong pada pagi itu.

12.30 Tengah hari

Makan tengan hari setelah penat bergotong-royong.

2 petang

Bertolak ke putra jaya untuk menghadiri majlis perkahwinan di Masjid Besi , Putrajaya.  Pelajar Beijing, Hashimah yang mana diberi tugasan untuk menghuraikan tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu amat berbangga dapat merakamkan kenangan dengan perkahwinan moden.

8 malam

Menghadiri majlis cukur jambul salah seorang penduduk kampung Endah.  Di sana kami berkesempatan melihat cara nasi ambeng dihasilkan. Nasi ambeng merupakan hidangan utama dan boleh dikatakan wajib untuk setiap kenduri yang dijalankan.
 

9 malam

Sekali lagi kami bertandang ke rumah Tok Ramlan untuk menyambung tugas-tugas rewang yang perlu disiapkan. Kami para pelajar sempat menolong seorang pelajar Beijing menemu bual penduduk Kampung Endah untuk kajian tentang makanan tradisional di situ. Setelah makan malam, majlis penutup dijalankan. Majlis perasmian dan penutup disempurnakan oleh YB kawasan banting dan turut merupakan penduduk Kampung Endah iaitu Datuk Kassim ……………Sebelum itu, majlis suai kenal pelajar dengan penduduk kampung telah dijalankan dengan meriah.  Sesi karoke dijalankan.  Pelajar Beijing iatu Azman sepat menyumbangkan suara menyanyikan lagu “Masihkah Kau Ingat oleh kopratasa”.
 
 

18 nov

Kenduri berlangsung.  Para pelajar menjadi penyambut tetamu.  Banyak makanan tradisional dan kontemporari dihidangkan.  Para pelajar bermah mesra dengan orang Kampung dan bersuka ria sesame keluarga angkat.  Pelajar turut berkesempatan bergambar dengan pengantin baru.  Kemudian sesi penyerahan kembali anak angkat kepada pihak APM dijalankan. Suasana sedih dan muram mengiringi perjalanan majlis.

2.3 petang

Pelajar berangkat pulang ke Universiti . Dalam perjalanan pelajar sempat singgah di Pantai Morib untuk membeli sedikit buah tangan dan bersiar-siar di tempat beranginan yang terkenal di daerah Banting, Selangor.

 

5 petang

Samai di Universiti Malaya dan bersiap-siap untuk menyiapkan tugasan dan kuliah esok hari. Ok tamat akhirnya. Kami rindu kampung Endah dan ibu bapa angkat serta Pak Ngah dan Tok Ramlan yang banyak membantu sepanjang program ‘Homestay  APM dan BSFU di Kampung tersebut dijalankan.  J
 

 

Monday, 19 November 2012

Aku Tak impikan

Aku tak impikan hidup dari suapan sudu emas bertatah zamrud,
atau rumah agam mewah diselimuti awan intan baiduri,
waima cinta agung setinggi langit dicatan warna mutiara
mahupun berbangga dengan darah kerabat raja kerajaan indera kayangan delima.

Lewat perbicaraan dengan teman-teman sambil minum tea panas,
kami berdiskusi tentang perjalanan kolej tempat kami berteduh.
Dalam alur lidah yang panjang sempat kami berbicara tentang seorang teman yang terkenal, dikagumi dan mendapat perhatian ramai. ( Orang kuat kolej katakan).

Hanya mendengar ...itu dan ini,

Itu bahagian mereka,
untuk aku, bahagian aku,
syukurlah...