...
..
.
Tergamam seketika bila seorang yang kita kagumi menge"like" gambar di status FB. Di fikiran bermain macam-macam permainan. Beliau silap tekan butang like kot, Beliau nak uji aku ke ni, beliau , beliau, dan beliau. Tapi persoalan itu semua hilang tiba-tiba sebab gembira terlampau...heheTakde la gembira sangat, itu riak,,,,huahua.
Tapi alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar.....hubungan pembelajaran aku dan tokoh tersebut. Pembelajaran jarak jauh secara psikik, mistik dan elastik,,,,hehe. Apa yang aku merepek pun tak tahu.
Semuanya bermula tak lama dulu, suka-suka "add" dan "subscibes" orang-orang sastera dan ahli akademik kat FB. Bagi aku, daripada baca status entah apa-apa kat wall, baik aku baca status mereka-mereka yang berkenaan. Dulu buat dekkkk jugak kalau ada jumpa FB orang besar-besar ni, tapi sejak terbaca 2 3 entri mereka, nampak PEMIKIRAN matang yang tak pernah aku ada.
So, why not i being in their shoes. Pemuda- pemudi perlukan pengalama orang lama, pemikiran di luar kotak dan idea gempak macam ni, barulah UMMMPPP! Aku tak mahu jadi pak turut. Kalau ada polimek isu semasa muncul, kita marah-marah tak tentu pasal, mengikut je entah betul entah tidak. Lama-lama memang banyak yang aku dapat. Dapat cara bersabar, cara berfikir dan lain-lain..Ilmu tu!.
Oleh sebab aku bergiat dalam dunia sastera ni, sememangnya perkembangan luar dalam sastera perlu amik tahu. Jadi melalui mereka-merekalah aku celik sikit. Kalau dulu, aku ingat A. Samad Said je sasterawan Negara,...hohoho. Teruk kan...
Secara ikhlasnya, dalam kecetekan ilmu tentang agama, kita akan mencari-cari sesuatu untuk isi kekosongan tersebut. Jadi kita akan kerap kunjungi taman-taman syurga. Aku mulai terfikir, kenapa tak biaskan cahaya Islam dan hidayah Allah ni dalam setiap urusan yang kita hadap sehari-harian. Belajar sastera dengan sinar Islam sesuatu yang AMAZING!!! Bukankah Allah itu indah dan sukakan keindahan.
Buku masih dicari untuk koleksi.....ada je kat DBP tapi tak tahu bila nak pergi....* kisah cinta sufi para nabi |
KEMALA antara sasterawan sufi yang banyak mengikat hati batu ini ke arah mengenal Tuhan. Kredibilitinya sebagai seorang yang beragama juga ada. Jadi sudah pasti, setiap bait-bait puisi dan nukilannya bersandarkan kepada ilmu. Sama halnya dengan HAMKA dan AMIR HAMZAH juga JALALUDDIN RUMI..... dan banyak lagi.
Berbalik kepada kes awal tadi, Nak kawan dengan mereka-mereka ni kat FB kena ada adab la. hehe. Lepas request friend' kalau mereka approve, cakap la terima kasih, berbasa-basi sikit..... Niatkan uhkwah ini kerana Allah....* sucinya hati aku....hehe.lebih kurang la....Anak Melayu kan bersopan-santun. Kalau boleh, hargai apa yang mereka post dan share jat FB tu dengan LIKE status tersebut, itu maknanya kita pengikuti perjalanan mereka. Itu juga cara menuntut ilmu jarak jauh....hehe.
KEMALA share gambar saya? hehe. Memang tak sangka.... Terima Kasih....
Ahmad Khamal Abdullah atau KEMALA; sasterawan negara ke-11 |
Aku bersama Boboi....dush2, kanak-kanak riang di UTHM... |
A. Wahab Ali
puisi itu sepi
pada kata
dalamnya
nyaman pengalaman dari renungan
dalam kesepiannya
sesekali
menjelma nabi
menjagakan pencintanya
erti manusia.Aku sempat juga coretkan puisi adaptasi malam tersebut... :)
malam suluh sinar <3 3mei <3 um...
by Nurfazlina Ariffin on Friday, 4 May 2012 at 03:41 ·
kata -kata tuhan takkan pernah habis,
pada bicara sufi juga alimi,
yang membasahkan bibir mengalunkan zikir,
yang membersihkan hati mengingati mati,
demi pertemuan yang hakiki,
...
Dialah Tuhan yang maha agung,
pencipta kata pada bicara,
menyebarkan cinta pada manusia,
menghembuskan rindu pada harapan,
biarpun jauh beribu-batu tanpa tatapan
...
Dialah al-Khalid teduhan jamal
yang menciptakan sakti pada tinta,
yang merombakkan keramat pada bahasa,
langsung tak pupus ditelan masa,
juga badai yang datang melanda,
...
sedang kita bicara tentang pena,
kita pasti lupa pada tintanya,
sedang bicara tentang tinta,
kita terlupa pada lembarannya,
sedang asyik pada lembarnya....
kita lupa
...
kita langsung lupa ...
pada amanat lahirnya bahasa,
agar apa yang terzahir pada bait-bait rela itu,
adalah bait mengingatiMU,
bukan bait yang menghanyutkanmu,
dalam lubuk cinta berpura-pura...
...
Ya Tuhan,
solatku ini,
amalku,
hayatku,
matiku,
lillahhirobbilalami...
pada bicara sufi juga alimi,
yang membasahkan bibir mengalunkan zikir,
yang membersihkan hati mengingati mati,
demi pertemuan yang hakiki,
...
Dialah Tuhan yang maha agung,
pencipta kata pada bicara,
menyebarkan cinta pada manusia,
menghembuskan rindu pada harapan,
biarpun jauh beribu-batu tanpa tatapan
...
Dialah al-Khalid teduhan jamal
yang menciptakan sakti pada tinta,
yang merombakkan keramat pada bahasa,
langsung tak pupus ditelan masa,
juga badai yang datang melanda,
...
sedang kita bicara tentang pena,
kita pasti lupa pada tintanya,
sedang bicara tentang tinta,
kita terlupa pada lembarannya,
sedang asyik pada lembarnya....
kita lupa
...
kita langsung lupa ...
pada amanat lahirnya bahasa,
agar apa yang terzahir pada bait-bait rela itu,
adalah bait mengingatiMU,
bukan bait yang menghanyutkanmu,
dalam lubuk cinta berpura-pura...
...
Ya Tuhan,
solatku ini,
amalku,
hayatku,
matiku,
lillahhirobbilalami...
...
..
Buat Datuk Kemala, harap dapat menimba ilmu dengan anda....
.
Ok, waktu berjimba-jimba sudah tamat, mari sambung bertugasan bersama buku-buku sebelum peperiksaan akhir bulan Januari ni.... :)
No comments:
Post a Comment