sebabnya?
pena aku mula bergerak setelah sekian lama kaku dijerat dakwat sendiri ( betul ke ayat ni? haha, hantam sahaja)
Aku tak pandai nak karang-mengarang ni, tapi aku suka menulis
dan hari ni nak tulis tentang refleksi aku tentang dunia aku 2 3 menjak ni.
1. Kerap berjumpa dengan manusia bercabang lidah ( kesian dia). Masing-masing menegakkan benang basah yang hakikatnya dah lama kuyup, nak terputus pun. A menyatakan dia benar, B salah. B menyatakan dia benar dan A benar...
owh! bagaimana ni? Owh dunia, sungguh aku tak ada masa untuk melayan kerenahmu,
tapi ada sesuatu yang aku pegang, walau siapa jua musuhmu, jagalah aibnya selagi kamu berdaya, bukankah Tuhan berjanji akan menjaga aibmu. :D
2. Bertemu situasi yang agak kaget apabila teman kamu telah berkahwin, dan kedua-duanya masih belajar, dan kamu selalu bertemu dengannya!
owh tidak! bukan aku reles sama kamu, tapi aku sedang dalam proses pematangan " ( aku tak mahu matang lagi) ....well, aku kena biasakan diri dikelilingi kawan-kawan yang dah kahwin.
dan paling penting, aku dah tahu cara jadi orang dewasa dan berbahasa dewasa. Tandanya: aku mula memanggil seseorang dengan panggilan awak, saudara, cik dan encik,.....sebab sebelum ni aku panggil orang semuanya kak.., abang..., ( macam la aku ni muda lagi nak men tua kan orang....haha).
3. Aku dah boleh kawal rasa rindu pada something.... caranya,,, relak dan sibukkan diri dengan sesuatu. Kalau tak, boleh sasau . Doa dan zikir tu tentulah penting.. :D....rindu rumah contohnya...
Hujan redup dari sisi jendela kk4...jadi jangan pelik kalau penghuninya melekat di katil, tapi aku lebih memilih berada di sisi jendela, .... :) |
No comments:
Post a Comment