Wednesday, 12 December 2012

Bila Sasterawan Negara ''like" status anda...~

AAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
...
..
.
Tergamam seketika bila seorang yang kita kagumi menge"like" gambar di status FB.  Di fikiran bermain macam-macam permainan. Beliau silap tekan butang like kot, Beliau nak uji aku ke ni, beliau , beliau, dan beliau. Tapi persoalan itu semua hilang tiba-tiba sebab gembira terlampau...heheTakde la gembira sangat, itu riak,,,,huahua.

 Tapi alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar.....hubungan pembelajaran aku dan tokoh tersebut. Pembelajaran jarak jauh secara psikik, mistik dan elastik,,,,hehe. Apa yang aku merepek pun tak tahu.

Semuanya bermula tak lama dulu, suka-suka "add" dan "subscibes" orang-orang sastera dan ahli akademik kat FB. Bagi aku, daripada baca status entah apa-apa kat wall, baik aku baca status mereka-mereka yang berkenaan. Dulu buat dekkkk jugak kalau ada jumpa FB orang besar-besar ni, tapi sejak terbaca 2 3 entri mereka, nampak PEMIKIRAN matang yang tak pernah aku ada.

 So, why not i being in their shoes. Pemuda- pemudi perlukan pengalama orang lama, pemikiran di luar kotak dan idea gempak macam ni, barulah UMMMPPP! Aku tak mahu jadi pak turut. Kalau ada polimek isu semasa muncul, kita marah-marah tak tentu pasal, mengikut je entah betul entah tidak. Lama-lama memang banyak yang aku dapat. Dapat cara bersabar, cara berfikir dan lain-lain..Ilmu tu!.

Oleh sebab aku bergiat dalam dunia sastera ni, sememangnya perkembangan luar dalam sastera perlu amik tahu. Jadi melalui mereka-merekalah aku celik sikit. Kalau dulu, aku ingat A. Samad Said je sasterawan Negara,...hohoho. Teruk kan...

Secara ikhlasnya, dalam kecetekan ilmu tentang agama, kita akan mencari-cari sesuatu untuk isi kekosongan tersebut. Jadi kita akan kerap kunjungi taman-taman syurga. Aku mulai terfikir, kenapa tak biaskan cahaya Islam dan hidayah Allah ni dalam setiap urusan yang kita hadap sehari-harian. Belajar sastera dengan sinar Islam sesuatu yang AMAZING!!! Bukankah Allah itu indah dan sukakan keindahan.



Buku masih dicari untuk koleksi.....ada je kat DBP tapi tak tahu bila nak pergi....* kisah cinta sufi para nabi
 

KEMALA antara sasterawan sufi yang banyak mengikat hati batu ini ke arah mengenal Tuhan. Kredibilitinya sebagai seorang yang beragama juga ada. Jadi sudah pasti, setiap bait-bait puisi dan nukilannya bersandarkan kepada ilmu. Sama halnya dengan HAMKA dan AMIR HAMZAH juga JALALUDDIN RUMI..... dan banyak lagi.

Berbalik kepada kes awal tadi, Nak kawan dengan mereka-mereka ni kat FB kena ada adab la. hehe. Lepas request friend' kalau mereka approve, cakap la terima kasih, berbasa-basi sikit..... Niatkan uhkwah ini kerana Allah....* sucinya hati aku....hehe.lebih kurang la....Anak Melayu kan bersopan-santun. Kalau boleh, hargai apa yang mereka post dan share jat FB tu dengan LIKE status tersebut, itu maknanya kita pengikuti perjalanan mereka. Itu juga cara menuntut ilmu jarak jauh....hehe.

KEMALA share gambar saya? hehe. Memang tak sangka.... Terima Kasih....

Ahmad Khamal Abdullah atau KEMALA; sasterawan negara ke-11
 
Aku bersama Boboi....dush2, kanak-kanak riang di UTHM...
 
Kemala ada datang ke UM 3 Mei untuk program Malam Suluh Sinar sempena Road show Kemala dan e-sastera. Sempat juga dengar Kemala berpuisi. Puisi yang sangat Islamik dan menggunakan laras bahasa Islam yang tinggi. Pendek kata, bukan sebarang orang yang dapat berfilsafat macam tu. Penuh perlambangan yang indah tapi menyuburkan jiwa dengan HIDAYAH.  Bak kata
A. Wahab Ali


puisi itu sepi

pada kata

dalamnya

nyaman pengalaman dari renungan

dalam kesepiannya

sesekali

menjelma nabi

menjagakan pencintanya
erti manusia.

Aku sempat juga coretkan puisi adaptasi malam tersebut... :)



malam suluh sinar <3 3mei <3 um...

by Nurfazlina Ariffin on Friday, 4 May 2012 at 03:41 ·

kata -kata tuhan takkan pernah habis,
pada bicara sufi juga alimi,
yang membasahkan bibir mengalunkan zikir,
yang membersihkan hati mengingati mati,
demi pertemuan yang hakiki,
...
Dialah Tuhan yang maha agung,
pencipta kata pada bicara,
menyebarkan cinta pada manusia,
menghembuskan rindu pada harapan,
biarpun jauh beribu-batu tanpa tatapan
...
Dialah al-Khalid teduhan jamal
yang menciptakan sakti pada tinta,
yang merombakkan keramat pada bahasa,
langsung tak pupus ditelan masa,
juga badai yang datang melanda,
...
sedang kita bicara tentang pena,
kita pasti lupa pada tintanya,
sedang bicara tentang tinta,
kita terlupa pada lembarannya,
sedang asyik pada lembarnya....
kita lupa
...
kita langsung lupa ...
pada amanat lahirnya bahasa,
agar apa yang terzahir pada bait-bait rela itu,
adalah bait mengingatiMU,
bukan bait yang menghanyutkanmu,
dalam lubuk cinta berpura-pura...
...
Ya Tuhan,
solatku ini,
amalku,
hayatku,
matiku,
lillahhirobbilalami...

....
...
..
Buat  Datuk Kemala, harap dapat menimba ilmu dengan anda....
.


Ok, waktu berjimba-jimba sudah tamat, mari sambung bertugasan bersama buku-buku sebelum peperiksaan akhir bulan Januari ni.... :)


Monday, 10 December 2012

Blurr

....
...
..
.
Minggu yang sangat menggembirakan kebelakangan ini...( reverse maksud ye), sebenarnya minggu yang dot, dot, dot. Aku ada banyak kerja, tapi sebab seronok ( reverse maksud) sangatttt untuk menghadapi musim-musim tengkujuh ilmu, aku jadi sangatttt lah blur. Aku boleh tidur sedangkan kerja melambak-lambak,,,,,,fazlina....kau dah teruk ni,,,,huahuahua.

Aku takut kecewakan mak abah di kampung, aku tahu aku tak lah pandai sangat, tapi aku tak juga bodoh sangat..hehe...aku tahu setiap orang ada kelebihan masing-masing. Aku tahu kalau berusaha semuanya akan menjadi lebih baik,,,,,,tapi aku ?? aku >?? aku ??? semuanya BERANTAKAN 2 3 minggu ni...TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. k., Masing ada k di belakang "tidak", maksudnya aku kena struggle lagi kalau nak berjaya. Kejayaan tak pernah terlambat... Chaiyokkk3. :),

Masalah kalau mahu diselesaikan kena ada perancangan kan, jadi perancangan aku sekarang....buat apa yang tak siap dulu...push sehabis mungkin......come on Fazlina!...

Masalah yang lain sekarang ni masalah jiwa.. Tertekan sangattttt pikir pasal soal mate ni....hoho. Aku masih mahu belajar, aku belum mahu bercin.....(kamu juga tahu apa kan...hehe)... Aku tak kisah siapa sahaja yang ditakdirkan menjadi teman hidup sekarang ni... Sebab aku dah dapat ilham siapa teman hidup aku.....5 tahun yang lalu. :), bayangan lelaki yang Allah ilhamkan lama dulu masih ada dalam fikiran dan hati. * ini suatu kemanisan iman yang aku dapat....bukti tuhan dekat dengan kita

Biarpun gambaran lelaki tersebut hanya bayangan belakang, tapi aku tahu itu tandanya Tuhan ada seseorang untuk aku, dan Dia tak nak aku runsing-runsing mencari dalam kegelapan. Yang tersangat pasti, Ada seseorang untuk kita. Masing-masing ada .

Sekarang ni dalam hatiku ada dua pilihan

1: sang bayang-bayang
2: dia yang dalam ketidakpastian

yang aku pilih : Aku pilih untuk setia... :)

p/s: Wahai insan-insan semua, sesungguhnya hati perempuan itu rapuh, sekali kena tiup jampi-serapan cint,...( kamu tahu apa), pasti akan cair... Jadi aku memilih untuk setia kepada janji Tuhan....aku tak mahu membuang masa menangis untuk entah siapa-siapa....merenung sisi Palestin yang penuh dengan perjuang, aku ralat dengan semua ini. Sepatutnya aku bangun berjuang, bukan meresah gundah entah apa-apa...Nak jawab apa depan Tuhan nanti.

Sunday, 25 November 2012

Seminggu bermalam di lokasi pembunuhan Sosilawati


 

LAPORAN  HOMESTAY

 

11.11.12 –hari bujang sedunia.

 

Isnin ( 12.11.2012)- Rombingan dari APM berkumpul di ‘foyer’ APM pada pukul 9.00 pagi. Selepas sesi menguruskan dokumen perjalanan, insuran, kedatangan , bayaran saguhati dan sesi penerangan, rombongan menaiki bas menuju ke Banting.  Lokasi penyerahan anak angkat adalah di homestay Kampung Endah, Banting, Selangor.   Kami bertolak pada pukul 10 dan tiba di lokasi pada pukul 12.30 tengah hari.   Pemergian pelajar diiringi oleh 5  kakitangan Akademi yang mana diketuai oleh Prof Mohktar bin Hassan.  Rombongan pelajar adalah seramai 10 orang yang mana terdiri daripada 6 orang pelajar BFSU ( Beijing Foreign Study Univercity). Pelajar dari BSFU terdiri daripada Yan Chao.  Kami terdiri daripada 8 perempuan dan 2 lelaki.
 

Ketibaan kami disambut oleh ketua kampung Endah iaitu Encik Ramlan bersama-sama keluarga angkat yang lain. Disitu diadakan sesi suai kenal dan majlis penyerahan anak angkat oleh Akademi Pengajian Melayu.  Dalam majlis kecil tersebut, anak angkat dari APM didedahkan serba sedikit tentang sejarah Kampung dan masyarakat disitu yang mana rata-ratannya berketurunan Jawa.  Tapi kesecara sosialnya menjalankan kehidupan sepertimana orang Melayu yang lain di Malaysia. Majlis disudahi dengan jamuan tengah hari berupa santapan masyarakat Jawa. Antara lauknya ialah masak lemak lotong dan tempe bergoreng.
 

Kami kemudinya dibawa ke rumah ayah dan ibu angkat masing-masing.  Kami diserahkan kepada 5 buah keluarga angkat. Setiap satu keluaraga mendapat 2 orang pelajar. Saya dan Hashimah ( HOU YANNI ) diserahkan kepada abah dan mak di jalan cempedak. Iaitu En.Sakir dan Puan. Tafsiah.  Sebaik tiba di kediaman masing-masing, kami berehat dan menguruskan penempatan diri di rumah yang berusia 100 tahun itu. Pada petangnya kami dibawa ke Pantai Morib oleh abah dan mak.
 
 

 Di Pantai Morib, abah telah menceritakan sedikit tentang sejarah tempat tersebut. Kami turut melawat tugu peringatan zaman jepun di Pantai Morib dan bekas zoo di situ. Kami turut dimaklumkan bahawa abah merupakan bekas pekerja majlis perbandaran Banting yang mana telah banyak terlibat dalam memajukan pantai Morib. Tapi akibat kelewatan saya, kami terpaksa membatalkan untuk singgah di Ekspo Pantai Morib. Hehe.

Pada malamnya kami bersuai kenal dengan abah dan mak. Kami telah ‘ngobror- ngobror’ tentang sejarah dan makluman kampung, keluarga abah dan mak serta dengan anak bongsu mereka Kak ( Tak ingat dah nama dia..huhu)……………. Dia turut menjemput kami untuk menghadiri majlis perkahwinannya pada 27 januari tahun depan.  Abah menceritakan sahsiah dan sosial masyarakat jawa di kampung tersebut dan juga di tempat asal mereka di Indonesia tengah.  Hashimah turut berkongsi cerita tentang masyarakatnya di Tanah Besar China. Paling menyeronokkan ,   Mak turut menghadiahkan Hashimah kain batik untuk dipakai.  Hashimah Nampak berminat untuk belajar cara-cara memakai kain batik.

 

Sesi suai kenal antara saya dan Hashimah disambung di rumah atas, kami kemudiannya bercerita tentag pengalaman Hashimah dan pelajar BSFU yang lain di Malaysia.  Hashimah memaklumkan kepada saya bahawa dia dan 2 orang kawannya telah dijemput oleh IVEN TEO untuk menjadi tetamu jemputan di Stesen Radio KL fm disamping melawat RTM.  Dalam temu ramah di udara tersebut, Hashimah dan kawannya iaitu kamal dan nurizzah berkongsi pengalaman mereka belajar bahasa Melayu di China dan pengalam sepanjang berada di Malaysia.

 

13.11.2012…….selasa

Bangun pada pukul 7.30. Selepas itu sarapan pagi dengan nasi goring bersama mak dan abah.  Kemudian mandi dan bersiap untuk berkumpul di dewan prang ramai sebelum ke kilang kelapa sawit.  Mulanya, kami pergi ke kebun kecil di belakang salah seorang keluarga angkat pelajar APM iaitu…………….Disana kami diberi penerangan tentang kelapa sawit. Bagaimana untuk menanam kepala sawit, masa semaian, waktu atau umur yang sesuai untuk menanam dalam lading dan bahagian-bahagian penting atau anatomi biji dan pokok kepala sawit.  Kami difahamkan bahawa 80 peratus dari hasil buminya ialah hasil kelapa sawit. Kami turut diajar cara dan alatan untuk mengait dan menuai hasil buah sawit.
 

Kemudian pada oukul 11.3, kami sampai di Kilang Kelapa Sawit iaitu Banting ( dot dot dot)…………………….Sdh. Bhd.  Kami menaiki motosikal dan basikal bersama keluarga angkat. Ada juga motor ahli keluarga kami yang pancit akibat terpaksa melalui perjalanan yang panjang untuk sampai di Kilang Kelapa sawit tersebut. Kilang tersebut amat luas dan besar.
 

Seterusnya pada pukul 12.30, kami singgah di Pusat peladang kampung Endah. Disana penerangan yang lebih padat tentang aktiviti kampung Endah diberikan. Kami turut diceritakan tentang aktiviti dan projek yang sudah dan sedang berjalan di Kampung Endah yang mana bertujuan untuk meningkatkan hasil ekonomi penduduknya. 
 



 

Destinasi seterusnya ialah ke pasar kecil kampung Endah.  Disana pengiring kami iaitu Encik ,,…………atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah telah menerangkan kepada kami tentang tanaman kantan yang dijual hasil daripada kebun penduduk itu sendiri. Biarpun pasar tersebut kecil, tapi hasil tanamannya amat berkualiti dan bebas dari bahan toksik seperti racun tanaman.
 

3.00 petang . Kami sekali lagi berkumpul di Dewan Orang Ramai. Disana ibu angkat kami telah menunjukkan cara menghasilkan empeng malinja dari mula proses memetik buah melinja sehinggalah memakan empeng. Selain itu kami turut diajar cara membuat ketupat dari daun kelapa…( daun lain…uhuh……………..).  Pelajat dari BSFU menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari seni menganyam ketupat.  Mereka menunjukkan kemahiran yang mengagumkan apabila Berjaya mempelajari lebih kurang 3 jenis anyaman ketupat dalam masa tidak kurang dari 30 minit. Hasil dari ketupat itu akan dimasak dengan pulut dan kemudiannya akan dimakan malam esok sewaktu majlis BBQ di tempat yang sama.

9 malam. Kami disajikan dengan persembahan kompang dari adik-adik sekolah rendah kampung Endah seramai lebih kurang 25 orang. Mereka telah memainkan kompang dengan sangat bersemangat dan menghiburkan.  Kami telah diajar bermain kompang.  Adik-adik tersebut sangat ramah dan tidak lokek menurunkan kemahiran mereka.   Kemudian kami telah mengikuti kelas belajar tarian yang diajarkan sendiri oleh Pak Ngah. Ternyata, walaupun Pak Ngah sudah lanjut usia, namun pengalaman beliau sebagai anak wayang sewaktu muda amat membantu. Kami diajar tarian joget.  Tarian dan kompang akan dipersembahkan oleh kami pelajar APM seramai 10 orang pada malam esok hari sempena program BBQ. Salam dan selamat malam…hehe J

*****************************************************

Rabu

14.11.2012

Berkumpul pada pukul 8 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Endah. Bas datang pada pukul 9.20 pagi lalu terus ke destinasi yang pertama pada hari itu iaitu Kilang pemprosesan Kopi berhampiran kampung Endah juga kira-kira 15 minit perjalanan.  Kilang tersebut adalah di bawah bimbingan Agro Mas dan Fama.  Antara kopi yang dihasilkan ialah kopi campuran, arabika, 3 in 1 dan pelbagai lagi

Seterusnya rombongan menuju ke Pekan Banting dan sampan melihat rumah Misbun sidek.  Destinasi kedua ialah di Pantai Cengan…………Disana air surut dan pelajar hanya berkesempatan untuk melihat hidupan laut pada waktu air surut sambil bergambar.
 
 

11.3o pagi…

Kemudian kami bergerak ke Pantai Morib sebelum pulang ke rumah masing=masing.  Dalam perjalanan kami sempat melihat lading kelapa sawit yang melata di daerah Banting ini. Kami juga berkesempatan untuk melihat kuala tempat kapal-kapal bersidai di waktu air surut.  Di samping itu, kami melewati perkampungan Orang Asli di Banting dan melalui ‘sign board’ ke Tempat bersejarah Jugra.

1.0     tengah hari

berada di rumah

5 petang

Melakukan aktiviti meronda kampung di waktu petang, melawat taman permainan kanak-kanak dan pasti serta tadika kampung.

9 malam

Aktiviti kebudayaan oleh penari cilik dari Kampung Endah itu sendiri.  Seramai 3 orang penari wanita dewasa dan sepasang penari cilik di bawah usia 12 tahun.  Kami diajar menari joget lambak, joget dan tarian inang. Tarian zapin tidak dapat dijalankan kerana masalah teknikal. Huhu. Saya rindu untuk menari tarian zapin.  Majlis kebudayaan ditamatkan dengan taklimat untuk ke putrjaya dan tempat bersejarah Jugra di samping menikmati hidangan ketupat, daging korban, kuah sate, dan rending ayam untuk santapan semua. Bye J
 

khamis

15.11.2012

Bergerak pada pukul 9 ke Istana Jugra di KG Bandar. Kemudian ke muzium kecil kg Bnadar yang mana benda purba di dalamnya adalah dikumpulan hasil sumbangan penduduk kampung. Kemudian ke Masjid kg Bandar yang mengyimpan 1001 rahsia dan kelebihannya terutama dari aspek seni bentuknya yang lain dari yang lain.
 

12.20 pg. Bergerak ke Putrajaya

1.00 tengah hari

Makan di Putrajaya. Kemudian melawat masjid dan menunaikan solat zohor. Bersiar-siar di Putrajaya. Pada pukul 3 melawat taman botani.

4.00 petang

Sampai di rumah. Pergi ke pantai Jugra.

9. malam

Beramah mesra dengan salah seorang keluarg angkat. Makan dan berbual mesra sambil bermain fb. J

 

Jumaat

16.11.2012

9. pg

Melawat IKS kek dan roti milik seorang guru bahasa Arab.  Kedai kek di Kg Endah ini mendapat bantuan  bahagian pertanian selain membeli dan menambah alat kelengkapan melalui pendapatan yang diperolehi.  Pelajar diberi ole-ole oleh pemandu pelajar .

10.pg

Melawat perusahaan dodol secara tradisional di Kg Endah. Perusahaan itu dijalankan sendiri oleh pemuda kampung terbabit. Biarpun sudah banyak perusahaan dodol menjalankan secara komersial dan mesin, tetapi pemuda contoh kampung terbabit ingin mengekalkan tradisi mengacau dodol keluarganya selama yang boleh.  Kami tutur diberi petua untuk menjaga kuali besi, iaitu menyapu sedikit minyak kelapa atau zaitun pada permukaan kuali untuk mengelakkannya cepat karat. Masa menyediakan dodol dari mula menyediakan baan sehingga siap ialah selama 7 jam.  Perusahaan kecil tersebut turut dilengkapi dengan bilik pembungkusan yang agak sistematik dan moden dari aspek  kebersihan. Hal ini untuk menjaga kualiti dan kebersihan makanan yang dihasilkan memandangkan dodol memerlukan penjagaan yang baik.  Pasaran dodol Salam berkenaan adalah sekitar Klang dan Bandar Banting serta banyak lagi tempat selain di stesen-stesen minyak berhampiran.

11. pg

Aktiviti mengisa di laut Morib. Pelajar dibawa menaiki kereta dan motosikal oleh  pemandu pelajar yang mesra dipanggil Pak Ngah.  Kami turut diajar cara mencari remis.  Hasil tangkapan kami agak sedikit mengecewakan memandangkan musim tengkujuh yang melanda perairan Malaysia sekarang.  Kami turut bertemu dengan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengisa, mencari ikan , mandi- manda di pantai dan mencari remis.  Saya juga luka di kaki kerana terpijak belangkas.
 

9 malam

Kami telah mengadakan sesi  BBQ di pusat aktiviti pelajar homestay.  Kami bersama-sama dengan keluarga angkat masing-masing, pemandu bas pelajar, serta penduduk kampung berhampiran memanggang ikan, ayam dan kerang untuk dimakan bersama dengan sambal yang sedap. J

 

 

17 nov  2012

9 pagi

Berkumpul di pusat aktiviti dan kemudian bertolak ke rumah tok Ketua @ Tok Ramlan untuk menjalankan rewang bagi majlis perkahwinan anak lelakinya.  Para pelajar telah menolong menyediakan bahan, membuat kuih koci, menyiang bahan mentah, membasuh pinggan dan menyusun atur perabot kenduri.  Kemudian pada sekitar pukul 10pagi, hujan turun dengan lewat, tapi acara rewang tetap berjalan lancar. Para ibu bapa menyiapkan makanan tengah hari untuk menjamu orang kampung yang bergotong-royong pada pagi itu.

12.30 Tengah hari

Makan tengan hari setelah penat bergotong-royong.

2 petang

Bertolak ke putra jaya untuk menghadiri majlis perkahwinan di Masjid Besi , Putrajaya.  Pelajar Beijing, Hashimah yang mana diberi tugasan untuk menghuraikan tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu amat berbangga dapat merakamkan kenangan dengan perkahwinan moden.

8 malam

Menghadiri majlis cukur jambul salah seorang penduduk kampung Endah.  Di sana kami berkesempatan melihat cara nasi ambeng dihasilkan. Nasi ambeng merupakan hidangan utama dan boleh dikatakan wajib untuk setiap kenduri yang dijalankan.
 

9 malam

Sekali lagi kami bertandang ke rumah Tok Ramlan untuk menyambung tugas-tugas rewang yang perlu disiapkan. Kami para pelajar sempat menolong seorang pelajar Beijing menemu bual penduduk Kampung Endah untuk kajian tentang makanan tradisional di situ. Setelah makan malam, majlis penutup dijalankan. Majlis perasmian dan penutup disempurnakan oleh YB kawasan banting dan turut merupakan penduduk Kampung Endah iaitu Datuk Kassim ……………Sebelum itu, majlis suai kenal pelajar dengan penduduk kampung telah dijalankan dengan meriah.  Sesi karoke dijalankan.  Pelajar Beijing iatu Azman sepat menyumbangkan suara menyanyikan lagu “Masihkah Kau Ingat oleh kopratasa”.
 
 

18 nov

Kenduri berlangsung.  Para pelajar menjadi penyambut tetamu.  Banyak makanan tradisional dan kontemporari dihidangkan.  Para pelajar bermah mesra dengan orang Kampung dan bersuka ria sesame keluarga angkat.  Pelajar turut berkesempatan bergambar dengan pengantin baru.  Kemudian sesi penyerahan kembali anak angkat kepada pihak APM dijalankan. Suasana sedih dan muram mengiringi perjalanan majlis.

2.3 petang

Pelajar berangkat pulang ke Universiti . Dalam perjalanan pelajar sempat singgah di Pantai Morib untuk membeli sedikit buah tangan dan bersiar-siar di tempat beranginan yang terkenal di daerah Banting, Selangor.

 

5 petang

Samai di Universiti Malaya dan bersiap-siap untuk menyiapkan tugasan dan kuliah esok hari. Ok tamat akhirnya. Kami rindu kampung Endah dan ibu bapa angkat serta Pak Ngah dan Tok Ramlan yang banyak membantu sepanjang program ‘Homestay  APM dan BSFU di Kampung tersebut dijalankan.  J
 

 

Monday, 19 November 2012

Aku Tak impikan

Aku tak impikan hidup dari suapan sudu emas bertatah zamrud,
atau rumah agam mewah diselimuti awan intan baiduri,
waima cinta agung setinggi langit dicatan warna mutiara
mahupun berbangga dengan darah kerabat raja kerajaan indera kayangan delima.

Lewat perbicaraan dengan teman-teman sambil minum tea panas,
kami berdiskusi tentang perjalanan kolej tempat kami berteduh.
Dalam alur lidah yang panjang sempat kami berbicara tentang seorang teman yang terkenal, dikagumi dan mendapat perhatian ramai. ( Orang kuat kolej katakan).

Hanya mendengar ...itu dan ini,

Itu bahagian mereka,
untuk aku, bahagian aku,
syukurlah...

Untuk Palestin

Palestin tumpang darahku...
...
..
.
resah
gelisah
sayu
hiba
..
aku kelu dalam kata-kata
...

...
..
.
tangis dan darah
yang tertumpah
ibarat kalimat
yang menghiris
nafas yang menipis,
membuatkan hidup kelam seketika.
...
..
dalam sujud di subuh hari,
doaku cuma satu
PALESTIN, tumpang darahku.

Friday, 9 November 2012

Aurat, Malu dan Cinta

AKU malu bila aurat terbuka.  Malu yang bagaimana?....Rasa tak sedap hati yang berpanjangan. Mungkinkah malu itu terzahir kerana nilai islam atau hanya sekadar dari acuan adat. Aku mahu malu kerana Allah.
''Ahli ulama cakap , kalau kita malu , itu adalah sikap orang yang beriman. Orang beriman ni, kalau dia merasakan dosa atau berbuat sesuatu yang buruk , hatinya akan berasa tidak sedap hati. Itu tandanya Allah memberikan ilham buat dirinya agar waspada dengan perangkap dunia
 
" Orang beriman apabila melakukan dosa, dia merasakan seakan ada gunung setinggi langit akan menghempapnya. Rasa itu terus berlarutan sehinggalah dia bertaubat dan menjauhi dosa tersebut.
 
" Hal ini berbeza dengan orang yang kufur. Apabila mereka melakukan dosa, Hati dan batin mereka tidak berasakan apa-apa. Hati mereka dibutakan oleh Allah sekaligus mereka akan terus hanyut dengan dosa-dosa yang mereka kerjakan"
 

36:7. Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.

36:8. Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.

36:9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

36:10. Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.

36:11. Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.

( Surah Yassin)
Gunung sebagai paku dan pasak bumi...( kalau terhempap kena kepala gamaknya macam manalah ye..huhu)
 
 
Aku cuma impikan hidup sederhana. Di waktu pagi bekerja, ditengah hari berehat dan menjamah secubit rezeki bersama keluarga, petangnya beriadah dengan rakan-rakan, dan malamnya duduk bersujud menghadap yang Esa. Syukurlah kalau itu yang aku perolehi. Aku tak minta yanyg lain. aku tahu aku tak kuat. Aku takut nanti bila aku berharta, disanjung dan diperdana, aku akan hanyuttttttt dengan dunia. Tapi tidak pula bermaksud aku mahu hidup di dunia dengan bantuan dan budi orang. Aku tak ingin menjadi manusia yang menerima sebanyak-banyaknya. Aku ingin menjadi manusia yang memberi sebanyak -banyaknya...:)
...
Ramai saudara kita di Selatan Thailand, Rodhignya, Muslim di Afrika dan Palestin sendiri perlu bantuan dari kita!...sering tertanya di benak akal, aku dah buat apa untuk mereka?...
Diorang berendam air mata, siang malam dikejar bom dan peluru melata, dengan bibir yang sentiasa zikir kepada Yang Esa, kita buat apa? tengok korea?.....
...
Ya Tuhan, ampunkanlah aku dan kedua ibu bapaku, jauhkanlah kami dari riak, jauhkanlah kami dari melakukan maksiat kepada-Mu. Hindarilah kami dari api neraka...Aku malu menjadi muslim yang sekadar berusaha untuk diri sendiri!
 
oleh :fz, aku tak layak menulis tentang agama, sekadar melakar rasa ingin berubah menghadap ke syurga ....aku tak layak, tapi tak pula aku sanggup dengan neraka...:)
 
 

Festival Sastera Kanak-Kanak 2012

Perkampungan Sastera Kanak-Kanak dengan tema 'fantastika membaca"=]
 
Teknik bercerita jepun, Kamishibai antara sesi menarik untuk dikunjungi.

Sempat "snap" gambar ilustrasi karton oleh seorang pelukis, Abang pelukis ni off sekejap pergi solat jumaat.
Inilah belia negara yang kita perlukan. Seimbang agama dan kerjaya. :)

 
Sedang duduk- duduk berehat sambil mencantin batik, peti pendengaran dihambat satu dialog dua ibu muda yang sedang gembira membelek-belek buku.
 
ibu satu  : Aku tak tahu lah nak beli buku apa dekat anak aku ye?
ibu dua   : Beli aje apa-apa, jualan murah ni,dekat tempat lain tak dapat ni.
ibu satu  : kejap aku nak tanya anak aku.
ibu dua   :Tak payah nak tanya-tanya, ambik saja. Nanti tahulah anak kau tu baca.
ibu satu  : Baiklah, buku cerita bahasa melayu 4 buah, english 4 buah.
ibu dua   : kenapa nak beli buku bahasa Melayu, tak payahlah. Membazir je. Beli saja buku cerita    bahasa Inggeris tu.
ibu satu  : Eh, boleh ke macam tu, Tak apa ke kalau anak aku tidak ada buku bahasa Melayu?
ibu dua   : Tak payah, bahasa Melayu dah tidak penting zaman sekarang, lainlah kalau bahasa Inggeris...
ibu satu  : Baiklah, jom pergi bayar, nanti kita lambat.
...
Alamak! Aku panik dan terasa ingin pitam seketika. Kesan daripada input mengejutkan yang aku terima tidak lama tadi. Biar betul?
 
Seorang ibu yang ingin membelikan anaknya hadiah adalah normal. Seorang ibu yang menghadiahkan anaknya dengan buku juga normal. Ibu keluar dengan kawan wanita untuk membelikan buku untuk anak itu adalah normal. membeli buku bahasa Inggeris kepada anak-anak juga normal. Jadi apa yang tidak normal?
...
Menganggap buku cerita  berbahasa Melayu sebagai tidak penting bagaimana? Rasanya kita dapat mengagak keterpinggiran bahasa Melayu dalam medannya sendiri. Jikalau anak watan yang tidak mempercayai kredibiliti bahasa bangsa sendiri, bagaimana keadaannya dengan orang luar?
...
"Hal ini salah kerajaan. Kerajaan bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu. " Hal ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kerajaan! Kementerian Pendidikan yang perlu disalahkan, jabatan pelajaran yang perlu dipertanggung salahkan, proforma pendidikan negara yang menyekat bahasa Melayu! Ini adalah antara hebahan negatif tatkala isu bahasa diperdebatkan. Rata-rata masyarakat cepat latah dengan polimek bahasa Kebangsaan yang tiada kunjung akhirnya.
...
Anak -anak perlu kepada penerimaan yang seimbang. Sebagai pemantau dan pendidik semestinya ibu bapa dan guru-guru mahukan pendidikan yang sempurna kepada mereka. Lebih tepat lagi, pendidikan yang seimbang rohani dan jasmani. Kenal pada akar beradaban juga didikan rohani yang perlu ditanam dalam diri anak-anak.  Hal ini penting agar anak-anak kenal akan asal usul, lalu mereka sedar dan akan berusaha kuat untuk berjaya dalam hidup.
...
Kalau bahasa sendiri pun anak-anak tidak tahu, manakan mungkin mereka akan dapat mewariskan negara ini dan mentadbir selianya dengan saksama. Anak-anak harus didedahkan dengan warisannya agung bangsanya. Mahu kenal bangsa, harus tahu dulu bahasanya. Jika tahu bahasanya, maka mudah mengetahui sasteranya. Ya! Peradaban Melayu dicantum dalam kantung sasteranya yang seluas  Alam Melayu itu sendiri.
...
Sastera untuk kanak-kanak
...
Sastera pada peringkat kanak-kanak? Ya! Sastera untuk kanak-kanak. Hal ini bukanlah bermaksud kanak-kanak harus berbunga bahasa yang berlenggok dalam pengucapannya. Sebetulnya pada peringkat ini kanak-kanak akan diterapkan bahan bacaan yang baik isi kandungannya, elok bahasanya dan indah moralnya. Itulah yang dimaksudkan dengan "sastera kanak-kanak. Tapi adakah sastera kanak - kanak bermaksud kita ketepikan bahasa Melayu tinggi?
...
 
....>
Rozninah Abd Azib
Menyoroti latar belakangnya sebagai orang sastera, beliau telah berkecimpung dengan karya sastera berat selama 14 tahun kerana bertugas sebagai Editor Majalah Dewan Sastera. Kerjanya sehari-harian sudah biasa dengan Bahasa Melayu tinggi yang menggunakan perkataan bombastik, hiperbola, perlambangan dan sebagainya.

Kini, beliau menulis buku karya kanak-kanak di GBK sejak tahun lalu menggunakan nama pena Umi E.na dan telah menghasilkan Natasya Mahu Cantik dan Kasih Sayang Natasya.

katanya: “Agak sukar pada awalnya kerana terpaksa merendahkan tahap bahasa sementelah bahan bacaan kanak-kanak agak ringan. Namun, lama-kelamaan terasa seronok dan ingin terus berkarya dengan bahan bacaan kanak-kanak ini,” katanya.
 
Bahasa Melayu tinggi Pensyarah Aswara, Wardah Munirah menegaskan bahawa Bahasa Melayu tinggi atau standard mesti digunakan dalam bahan bacaan kanak-kanak sebagaimana yang digunakan dalam buku teks sekolah. Ini bertujuan agar mereka tidak keliru dengan bahasa yang harus dipelajari.

“Bahasa Melayu begitu kaya dengan dialek atau slanga kenegerian tetapi penggunaan Bahasa Melayu tinggi penting kerana ia menjadi bahasa penghubung di Malaysia. Bahasa Melayu tinggi atau standard digunakan supaya difahami semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum atau bangsa,” jelasnya.

Menurutnya, Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahasa iaitu bahasa rendah, sederhana dan tinggi. Bahasa Melayu rendah ialah bahasa yang digunakan dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Manakala Bahasa Melayu sederhana pula digunakan dalam percakapan seharian yang juga dipanggil sebagai bahasa pasar.

“Bahasa Melayu tinggi pula ialah bahasa yang mementingkan ejaan, susunan ayat, kosa kata, tatabahasa dan semua tertib dalam berbahasa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun, menggunakan Bahasa Melayu tinggi, penulis perlu bijak menyusun ayat, penguasaan bahasa yang bagus, dan tiada kosa ayat agar golongan mentah ini faham apa yang mahu disampaikan buku tersebut.

“Setiap penulis bertanggungjawab dalam menghasilkan buku yang mempunyai kualiti bahasa bagus,” kata penulis buku Anggerik Ungu dan Warna Warni Dunia Anis.
 ...
Amatlah penting bagi anak-anak untuk dididik dengan bahan bacaan yang baik dan memberikan input yang merangsang nilai positif dalam diri mereka. Antaranya ialah bahan bacaan berbahasa Melayu. Hal ini tidak merujuk bahawa bahasa Inggeris itu perlu diketepikan , tetapi kondusi ini lebih tepat ditafsirkan sebagai " memartabatkan bahasa Melayu dan pada masa yang sama memperkasa bahasa ilmu.
 ...
Ilmiahlisme  tentang sastera kanak-kanak semakin mendapat perhatian umum sejak mutakhir ini. 
Ini tanda cerapan baru bahawa bangsa Malaysia semakin matang dan kritis dalam berfikir. Kita perlukan bangsa yang berilmu untuk berada di puncak dunia dan untuk menyelia negara tercinta. Jadi, bangsa yang berjaya itu perlukan ilmu dan untuk mendapatkan ilmu kita perlu membaca. 
...
 Jadi inilah saat yang paling tepat untuk memperbanyak karnival sastera untuk anak-anak dipelbagai peringkat umur, terutamanya sekali kanak-kanak.  UM amat berbangga kerana buat julung kalinya diberi peluang menjadi vanue untuk sastera kanak-kanak.  Tema karnival membaca tahun 2012 ialah "fantastika membaca.  Majlis bermula 1 nov hingga 6 nov di Fakulti FSSS ( fakulti sastera dan sains sosial) bermula 8.30 pagi hingga 5.3 petang. Pelbagai acara menarik bertemakan dunia pembacaan kanak-kanak diadakan. Antaranya totorial mewarna untuk kanak-kanak, ruang bercerita, mainan interaktif, mencanting batik dan banyak lagi.
...
Penulis dan warga UM serta pengunjung pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan Ain Maisarah, penulis jutawan gedik turut berada di venue tersebut ahad jam 3 petang. Sangat teruja.
Karnival intelek yang  dirasmikan hari sabtu itu adalah anjuran terbesar Perbadanan Kota Buku.
...
Selain gerai menjual buku festikal ini turut mengetengahkan aktiviti persembahan teater kanak-kanak, persembahan kebudayaan, bengkel ilustrasi buku kanak-kanak dan kraftangan, seminar buku kanak-kanak serta pameran oleh Petrosains.
...
Pengerusinya, Tan Sri Dato Dr. Asiah Abdul Samah menegaskan, penglibatan agensi ini dalam mempromosi sastera kanak-kanak dengan penganjuran festival seumpama ini adalah sebagai medium antara kanak-kanak, ibu bapa, penerbit buku dan pihak yang berkenaan untuk berkumpul di dalam satu aktiviti kesusasteraan yang mampu memberi impak khususnya kepada kanak-kanak.
...
Kanak-kanak dan ibu bapa yang berkunjung ke festival tersebut turut diceriakan lagi dengan kemunculan maskot kartun yang diminati ramai iaitu Upin Ipin, Boboiboy dan Supertot.
...
Festival ini mendapat sokongan penuh daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Petrosains dan Dewan Bahasa Pustaka.

http://www.fantasia.com.my/index.php/berita/16-festival-sastera-kanak-kanak-2012
http://www.umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=6917

http://www.alaf21.com.my/
http://www.bukuprima.com.my/aktDetails.asp?idakt=357

Sesi yang ditunggu-tunggu. Sesi bercerita oleh Kursyi Hirdan pada 2 nov.
Karnival dimeriahkan dengan penyertaan dari Alaf Baru, Buku Prima, Kumpulan media karangkraf, Karya bestari, sinar Bestari yang banyak lagi.



::Bersama adik Mia! dia buat cantin batik dua kali! seronok mungkin melukis ramai-ramai. Punya susah nak minta dia "posing" untuk gambar ni. Akhirnya ini yang dia bagi. hehe 

Dekorasi yang ringkas, ceria dan terbuka. Dewan segar dan nyaman ini menunggu peserta buat kali pertama. Tak sabar nak dengar "talk" berkenaan sastera kanak-kanak. Penulisan kanak-kanak boleh jadi bahan sastera?



Bersama sukarelawan mencatin batik, Kak Umiey. Turut merangkap rakan sekerja saya di UM. hehe.




Antara lukisan batin yang siap diwarna dan sedang dikeringkan, dan kemudiannya cuaca mendung. Maklumlah sekarang kan musim hujan. huhu. Cuba teka yang mana saya punya?

Saya seorang pencinta lukisan! Di karnival ini banyak lukisan didatangkan khas dari pelbagai agensi.

Antara ilustrasi buku kanak-kanak yang memancing mata. Cantik, segar dan sangat kreatif.  Hasil warna tangan tau.



Lagi dan lagi lukisan batik yang sudah disiapkan. dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama. Berpidato lah pulak.hehe
 
 
Lukisan batik yang diperolehi. Penulis sangat teruja untuk mencantin batik buat pertama kali, walaupun hanya sekadar di atas kain cotton. Berlatar belakangkan sekumpulan pelajar cina yang leka melukis. Turut terselit gambar husna, ( kakak Mia)..:)