Perkampungan Sastera Kanak-Kanak dengan tema 'fantastika membaca"=] |
Sempat "snap" gambar ilustrasi karton oleh seorang pelukis, Abang pelukis ni off sekejap pergi solat jumaat. Inilah belia negara yang kita perlukan. Seimbang agama dan kerjaya. :) |
Sedang duduk- duduk berehat sambil mencantin batik, peti pendengaran dihambat satu dialog dua ibu muda yang sedang gembira membelek-belek buku.
ibu satu : Aku tak tahu lah nak beli buku apa dekat anak aku ye?
ibu dua : Beli aje apa-apa, jualan murah ni,dekat tempat lain tak dapat ni.
ibu satu : kejap aku nak tanya anak aku.
ibu dua :Tak payah nak tanya-tanya, ambik saja. Nanti tahulah anak kau tu baca.
ibu satu : Baiklah, buku cerita bahasa melayu 4 buah, english 4 buah.
ibu dua : kenapa nak beli buku bahasa Melayu, tak payahlah. Membazir je. Beli saja buku cerita bahasa Inggeris tu.
ibu satu : Eh, boleh ke macam tu, Tak apa ke kalau anak aku tidak ada buku bahasa Melayu?
ibu dua : Tak payah, bahasa Melayu dah tidak penting zaman sekarang, lainlah kalau bahasa Inggeris...
ibu satu : Baiklah, jom pergi bayar, nanti kita lambat.
...
Alamak! Aku panik dan terasa ingin pitam seketika. Kesan daripada input mengejutkan yang aku terima tidak lama tadi. Biar betul?
Seorang ibu yang ingin membelikan anaknya hadiah adalah normal. Seorang ibu yang menghadiahkan anaknya dengan buku juga normal. Ibu keluar dengan kawan wanita untuk membelikan buku untuk anak itu adalah normal. membeli buku bahasa Inggeris kepada anak-anak juga normal. Jadi apa yang tidak normal?
...
Menganggap buku cerita berbahasa Melayu sebagai tidak penting bagaimana? Rasanya kita dapat mengagak keterpinggiran bahasa Melayu dalam medannya sendiri. Jikalau anak watan yang tidak mempercayai kredibiliti bahasa bangsa sendiri, bagaimana keadaannya dengan orang luar?
...
"Hal ini salah kerajaan. Kerajaan bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu. " Hal ini adalah tanggungjawab kerajaan. Kerajaan! Kementerian Pendidikan yang perlu disalahkan, jabatan pelajaran yang perlu dipertanggung salahkan, proforma pendidikan negara yang menyekat bahasa Melayu! Ini adalah antara hebahan negatif tatkala isu bahasa diperdebatkan. Rata-rata masyarakat cepat latah dengan polimek bahasa Kebangsaan yang tiada kunjung akhirnya.
...
Anak -anak perlu kepada penerimaan yang seimbang. Sebagai pemantau dan pendidik semestinya ibu bapa dan guru-guru mahukan pendidikan yang sempurna kepada mereka. Lebih tepat lagi, pendidikan yang seimbang rohani dan jasmani. Kenal pada akar beradaban juga didikan rohani yang perlu ditanam dalam diri anak-anak. Hal ini penting agar anak-anak kenal akan asal usul, lalu mereka sedar dan akan berusaha kuat untuk berjaya dalam hidup.
...
Kalau bahasa sendiri pun anak-anak tidak tahu, manakan mungkin mereka akan dapat mewariskan negara ini dan mentadbir selianya dengan saksama. Anak-anak harus didedahkan dengan warisannya agung bangsanya. Mahu kenal bangsa, harus tahu dulu bahasanya. Jika tahu bahasanya, maka mudah mengetahui sasteranya. Ya! Peradaban Melayu dicantum dalam kantung sasteranya yang seluas Alam Melayu itu sendiri.
...
Sastera untuk kanak-kanak
...
Sastera pada peringkat kanak-kanak? Ya! Sastera untuk kanak-kanak. Hal ini bukanlah bermaksud kanak-kanak harus berbunga bahasa yang berlenggok dalam pengucapannya. Sebetulnya pada peringkat ini kanak-kanak akan diterapkan bahan bacaan yang baik isi kandungannya, elok bahasanya dan indah moralnya. Itulah yang dimaksudkan dengan "sastera kanak-kanak. Tapi adakah sastera kanak - kanak bermaksud kita ketepikan bahasa Melayu tinggi?
...
....>
Rozninah Abd AzibMenyoroti latar belakangnya sebagai orang sastera, beliau telah berkecimpung dengan karya sastera berat selama 14 tahun kerana bertugas sebagai Editor Majalah Dewan Sastera. Kerjanya sehari-harian sudah biasa dengan Bahasa Melayu tinggi yang menggunakan perkataan bombastik, hiperbola, perlambangan dan sebagainya.Bahasa Melayu tinggi Pensyarah Aswara, Wardah Munirah menegaskan bahawa Bahasa Melayu tinggi atau standard mesti digunakan dalam bahan bacaan kanak-kanak sebagaimana yang digunakan dalam buku teks sekolah. Ini bertujuan agar mereka tidak keliru dengan bahasa yang harus dipelajari.
Kini, beliau menulis buku karya kanak-kanak di GBK sejak tahun lalu menggunakan nama pena Umi E.na dan telah menghasilkan Natasya Mahu Cantik dan Kasih Sayang Natasya.
katanya: “Agak sukar pada awalnya kerana terpaksa merendahkan tahap bahasa sementelah bahan bacaan kanak-kanak agak ringan. Namun, lama-kelamaan terasa seronok dan ingin terus berkarya dengan bahan bacaan kanak-kanak ini,” katanya.
“Bahasa Melayu begitu kaya dengan dialek atau slanga kenegerian tetapi penggunaan Bahasa Melayu tinggi penting kerana ia menjadi bahasa penghubung di Malaysia. Bahasa Melayu tinggi atau standard digunakan supaya difahami semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum atau bangsa,” jelasnya.
Menurutnya, Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahasa iaitu bahasa rendah, sederhana dan tinggi. Bahasa Melayu rendah ialah bahasa yang digunakan dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Manakala Bahasa Melayu sederhana pula digunakan dalam percakapan seharian yang juga dipanggil sebagai bahasa pasar.
“Bahasa Melayu tinggi pula ialah bahasa yang mementingkan ejaan, susunan ayat, kosa kata, tatabahasa dan semua tertib dalam berbahasa,” katanya.
Beliau berkata, walaupun, menggunakan Bahasa Melayu tinggi, penulis perlu bijak menyusun ayat, penguasaan bahasa yang bagus, dan tiada kosa ayat agar golongan mentah ini faham apa yang mahu disampaikan buku tersebut.
“Setiap penulis bertanggungjawab dalam menghasilkan buku yang mempunyai kualiti bahasa bagus,” kata penulis buku Anggerik Ungu dan Warna Warni Dunia Anis.
...
Amatlah penting bagi anak-anak untuk dididik dengan bahan bacaan yang baik dan memberikan input yang merangsang nilai positif dalam diri mereka. Antaranya ialah bahan bacaan berbahasa Melayu. Hal ini tidak merujuk bahawa bahasa Inggeris itu perlu diketepikan , tetapi kondusi ini lebih tepat ditafsirkan sebagai " memartabatkan bahasa Melayu dan pada masa yang sama memperkasa bahasa ilmu.
...
Ilmiahlisme tentang sastera kanak-kanak semakin mendapat perhatian umum sejak mutakhir ini.
Ini tanda cerapan baru bahawa bangsa Malaysia semakin matang dan kritis dalam berfikir. Kita perlukan bangsa yang berilmu untuk berada di puncak dunia dan untuk menyelia negara tercinta. Jadi, bangsa yang berjaya itu perlukan ilmu dan untuk mendapatkan ilmu kita perlu membaca.
...
Jadi inilah saat yang paling tepat untuk memperbanyak karnival sastera untuk anak-anak dipelbagai peringkat umur, terutamanya sekali kanak-kanak. UM amat berbangga kerana buat julung kalinya diberi peluang menjadi vanue untuk sastera kanak-kanak. Tema karnival membaca tahun 2012 ialah "fantastika membaca. Majlis bermula 1 nov hingga 6 nov di Fakulti FSSS ( fakulti sastera dan sains sosial) bermula 8.30 pagi hingga 5.3 petang. Pelbagai acara menarik bertemakan dunia pembacaan kanak-kanak diadakan. Antaranya totorial mewarna untuk kanak-kanak, ruang bercerita, mainan interaktif, mencanting batik dan banyak lagi.
...Penulis dan warga UM serta pengunjung pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan Ain Maisarah, penulis jutawan gedik turut berada di venue tersebut ahad jam 3 petang. Sangat teruja.
Karnival intelek yang dirasmikan hari sabtu itu adalah anjuran terbesar Perbadanan Kota Buku.
...
Selain gerai menjual buku festikal ini turut mengetengahkan aktiviti persembahan teater kanak-kanak, persembahan kebudayaan, bengkel ilustrasi buku kanak-kanak dan kraftangan, seminar buku kanak-kanak serta pameran oleh Petrosains.
...
Pengerusinya, Tan Sri Dato Dr. Asiah Abdul Samah menegaskan, penglibatan agensi ini dalam mempromosi sastera kanak-kanak dengan penganjuran festival seumpama ini adalah sebagai medium antara kanak-kanak, ibu bapa, penerbit buku dan pihak yang berkenaan untuk berkumpul di dalam satu aktiviti kesusasteraan yang mampu memberi impak khususnya kepada kanak-kanak.
...
Kanak-kanak dan ibu bapa yang berkunjung ke festival tersebut turut diceriakan lagi dengan kemunculan maskot kartun yang diminati ramai iaitu Upin Ipin, Boboiboy dan Supertot.
...
Festival ini mendapat sokongan penuh daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Petrosains dan Dewan Bahasa Pustaka.
http://www.fantasia.com.my/index.php/berita/16-festival-sastera-kanak-kanak-2012
http://www.umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=6917
http://www.alaf21.com.my/
http://www.bukuprima.com.my/aktDetails.asp?idakt=357
Sesi yang ditunggu-tunggu. Sesi bercerita oleh Kursyi Hirdan pada 2 nov. |
::Bersama adik Mia! dia buat cantin batik dua kali! seronok mungkin melukis ramai-ramai. Punya susah nak minta dia "posing" untuk gambar ni. Akhirnya ini yang dia bagi. hehe |
Bersama sukarelawan mencatin batik, Kak Umiey. Turut merangkap rakan sekerja saya di UM. hehe. |
Antara lukisan batin yang siap diwarna dan sedang dikeringkan, dan kemudiannya cuaca mendung. Maklumlah sekarang kan musim hujan. huhu. Cuba teka yang mana saya punya? |
Saya seorang pencinta lukisan! Di karnival ini banyak lukisan didatangkan khas dari pelbagai agensi. |
Antara ilustrasi buku kanak-kanak yang memancing mata. Cantik, segar dan sangat kreatif. Hasil warna tangan tau. |
Lagi dan lagi lukisan batik yang sudah disiapkan. dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama. Berpidato lah pulak.hehe |
No comments:
Post a Comment