LAPORAN HOMESTAY
11.11.12
–hari bujang sedunia.
Isnin (
12.11.2012)- Rombingan dari APM berkumpul di ‘foyer’ APM pada pukul 9.00 pagi.
Selepas sesi menguruskan dokumen perjalanan, insuran, kedatangan , bayaran
saguhati dan sesi penerangan, rombongan menaiki bas menuju ke Banting. Lokasi penyerahan anak angkat adalah di
homestay Kampung Endah, Banting, Selangor.
Kami bertolak pada pukul 10 dan tiba di lokasi pada pukul 12.30 tengah
hari. Pemergian pelajar diiringi oleh 5 kakitangan Akademi yang mana diketuai oleh
Prof Mohktar bin Hassan. Rombongan
pelajar adalah seramai 10 orang yang mana terdiri daripada 6 orang pelajar BFSU
( Beijing Foreign Study Univercity). Pelajar dari BSFU terdiri daripada Yan
Chao. Kami terdiri daripada 8 perempuan
dan 2 lelaki.
Ketibaan
kami disambut oleh ketua kampung Endah iaitu Encik Ramlan bersama-sama keluarga
angkat yang lain. Disitu diadakan sesi suai kenal dan majlis penyerahan anak
angkat oleh Akademi Pengajian Melayu. Dalam
majlis kecil tersebut, anak angkat dari APM didedahkan serba sedikit tentang
sejarah Kampung dan masyarakat disitu yang mana rata-ratannya berketurunan
Jawa. Tapi kesecara sosialnya
menjalankan kehidupan sepertimana orang Melayu yang lain di Malaysia. Majlis
disudahi dengan jamuan tengah hari berupa santapan masyarakat Jawa. Antara
lauknya ialah masak lemak lotong dan tempe bergoreng.
Kami
kemudinya dibawa ke rumah ayah dan ibu angkat masing-masing. Kami diserahkan kepada 5 buah keluarga angkat.
Setiap satu keluaraga mendapat 2 orang pelajar. Saya dan Hashimah ( HOU YANNI )
diserahkan kepada abah dan mak di jalan cempedak. Iaitu En.Sakir dan Puan. Tafsiah. Sebaik tiba di kediaman masing-masing, kami
berehat dan menguruskan penempatan diri di rumah yang berusia 100 tahun itu.
Pada petangnya kami dibawa ke Pantai Morib oleh abah dan mak.
Di Pantai Morib, abah telah menceritakan
sedikit tentang sejarah tempat tersebut. Kami turut melawat tugu peringatan
zaman jepun di Pantai Morib dan bekas zoo di situ. Kami turut dimaklumkan
bahawa abah merupakan bekas pekerja majlis perbandaran Banting yang mana telah
banyak terlibat dalam memajukan pantai Morib. Tapi akibat kelewatan saya, kami
terpaksa membatalkan untuk singgah di Ekspo Pantai Morib. Hehe.
Pada
malamnya kami bersuai kenal dengan abah dan mak. Kami telah ‘ngobror- ngobror’
tentang sejarah dan makluman kampung, keluarga abah dan mak serta dengan anak
bongsu mereka Kak ( Tak ingat dah nama dia..huhu)……………. Dia turut menjemput
kami untuk menghadiri majlis perkahwinannya pada 27 januari tahun depan. Abah menceritakan sahsiah dan sosial
masyarakat jawa di kampung tersebut dan juga di tempat asal mereka di Indonesia
tengah. Hashimah turut berkongsi cerita
tentang masyarakatnya di Tanah Besar China. Paling menyeronokkan , Mak turut menghadiahkan Hashimah kain batik
untuk dipakai. Hashimah Nampak berminat
untuk belajar cara-cara memakai kain batik.
Sesi suai kenal antara saya dan Hashimah
disambung di rumah atas, kami kemudiannya bercerita tentag pengalaman Hashimah
dan pelajar BSFU yang lain di Malaysia.
Hashimah memaklumkan kepada saya bahawa dia dan 2 orang kawannya telah
dijemput oleh IVEN TEO untuk menjadi tetamu jemputan di Stesen Radio KL fm
disamping melawat RTM. Dalam temu ramah
di udara tersebut, Hashimah dan kawannya iaitu kamal dan nurizzah berkongsi
pengalaman mereka belajar bahasa Melayu di China dan pengalam sepanjang berada
di Malaysia.
13.11.2012…….selasa
Bangun pada
pukul 7.30. Selepas itu sarapan pagi dengan nasi goring bersama mak dan
abah. Kemudian mandi dan bersiap untuk
berkumpul di dewan prang ramai sebelum ke kilang kelapa sawit. Mulanya, kami pergi ke kebun kecil di
belakang salah seorang keluarga angkat pelajar APM iaitu…………….Disana kami
diberi penerangan tentang kelapa sawit. Bagaimana untuk menanam kepala sawit,
masa semaian, waktu atau umur yang sesuai untuk menanam dalam lading dan
bahagian-bahagian penting atau anatomi biji dan pokok kepala sawit. Kami difahamkan bahawa 80 peratus dari hasil
buminya ialah hasil kelapa sawit. Kami turut diajar cara dan alatan untuk
mengait dan menuai hasil buah sawit.
Kemudian
pada oukul 11.3, kami sampai di Kilang Kelapa Sawit iaitu Banting ( dot dot dot)…………………….Sdh.
Bhd. Kami menaiki motosikal dan basikal
bersama keluarga angkat. Ada juga motor ahli keluarga kami yang pancit akibat
terpaksa melalui perjalanan yang panjang untuk sampai di Kilang Kelapa sawit
tersebut. Kilang tersebut amat luas dan besar.
Seterusnya
pada pukul 12.30, kami singgah di Pusat peladang kampung Endah. Disana
penerangan yang lebih padat tentang aktiviti kampung Endah diberikan. Kami
turut diceritakan tentang aktiviti dan projek yang sudah dan sedang berjalan di
Kampung Endah yang mana bertujuan untuk meningkatkan hasil ekonomi
penduduknya.
Destinasi
seterusnya ialah ke pasar kecil kampung Endah. Disana pengiring kami iaitu Encik ,,…………atau
lebih mesra dipanggil Pak Ngah telah menerangkan kepada kami tentang tanaman
kantan yang dijual hasil daripada kebun penduduk itu sendiri. Biarpun pasar
tersebut kecil, tapi hasil tanamannya amat berkualiti dan bebas dari bahan
toksik seperti racun tanaman.
3.00 petang
. Kami sekali lagi berkumpul di Dewan Orang Ramai. Disana ibu angkat kami telah
menunjukkan cara menghasilkan empeng malinja dari mula proses memetik buah
melinja sehinggalah memakan empeng. Selain itu kami turut diajar cara membuat
ketupat dari daun kelapa…( daun lain…uhuh……………..). Pelajat dari BSFU menunjukkan minat yang
tinggi untuk mempelajari seni menganyam ketupat. Mereka menunjukkan kemahiran yang mengagumkan
apabila Berjaya mempelajari lebih kurang 3 jenis anyaman ketupat dalam masa
tidak kurang dari 30 minit. Hasil dari ketupat itu akan dimasak dengan pulut
dan kemudiannya akan dimakan malam esok sewaktu majlis BBQ di tempat yang sama.
9 malam.
Kami disajikan dengan persembahan kompang dari adik-adik sekolah rendah kampung
Endah seramai lebih kurang 25 orang. Mereka telah memainkan kompang dengan
sangat bersemangat dan menghiburkan.
Kami telah diajar bermain kompang.
Adik-adik tersebut sangat ramah dan tidak lokek menurunkan kemahiran mereka. Kemudian kami telah mengikuti kelas belajar
tarian yang diajarkan sendiri oleh Pak Ngah. Ternyata, walaupun Pak Ngah sudah
lanjut usia, namun pengalaman beliau sebagai anak wayang sewaktu muda amat
membantu. Kami diajar tarian joget.
Tarian dan kompang akan dipersembahkan oleh kami pelajar APM seramai 10
orang pada malam esok hari sempena program BBQ. Salam dan selamat malam…hehe J
*****************************************************
Rabu
14.11.2012
Berkumpul
pada pukul 8 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Endah. Bas datang pada pukul
9.20 pagi lalu terus ke destinasi yang pertama pada hari itu iaitu Kilang
pemprosesan Kopi berhampiran kampung Endah juga kira-kira 15 minit
perjalanan. Kilang tersebut adalah di
bawah bimbingan Agro Mas dan Fama. Antara
kopi yang dihasilkan ialah kopi campuran, arabika, 3 in 1 dan pelbagai lagi
Seterusnya
rombongan menuju ke Pekan Banting dan sampan melihat rumah Misbun sidek. Destinasi kedua ialah di Pantai
Cengan…………Disana air surut dan pelajar hanya berkesempatan untuk melihat
hidupan laut pada waktu air surut sambil bergambar.
11.3o pagi…
Kemudian
kami bergerak ke Pantai Morib sebelum pulang ke rumah masing=masing. Dalam perjalanan kami sempat melihat lading
kelapa sawit yang melata di daerah Banting ini. Kami juga berkesempatan untuk
melihat kuala tempat kapal-kapal bersidai di waktu air surut. Di samping itu, kami melewati perkampungan
Orang Asli di Banting dan melalui ‘sign board’ ke Tempat bersejarah Jugra.
1.0 tengah hari
berada di
rumah
5 petang
Melakukan
aktiviti meronda kampung di waktu petang, melawat taman permainan kanak-kanak
dan pasti serta tadika kampung.
9 malam
Aktiviti kebudayaan oleh penari cilik dari
Kampung Endah itu sendiri. Seramai 3
orang penari wanita dewasa dan sepasang penari cilik di bawah usia 12
tahun. Kami diajar menari joget lambak,
joget dan tarian inang. Tarian zapin tidak dapat dijalankan kerana masalah
teknikal. Huhu. Saya rindu untuk menari tarian zapin. Majlis kebudayaan ditamatkan dengan taklimat
untuk ke putrjaya dan tempat bersejarah Jugra di samping menikmati hidangan
ketupat, daging korban, kuah sate, dan rending ayam untuk santapan semua. Bye J
khamis
15.11.2012
Bergerak
pada pukul 9 ke Istana Jugra di KG Bandar. Kemudian ke muzium kecil kg Bnadar
yang mana benda purba di dalamnya adalah dikumpulan hasil sumbangan penduduk
kampung. Kemudian ke Masjid kg Bandar yang mengyimpan 1001 rahsia dan
kelebihannya terutama dari aspek seni bentuknya yang lain dari yang lain.
12.20 pg.
Bergerak ke Putrajaya
1.00 tengah
hari
Makan di
Putrajaya. Kemudian melawat masjid dan menunaikan solat zohor. Bersiar-siar di
Putrajaya. Pada pukul 3 melawat taman botani.
4.00 petang
Sampai di
rumah. Pergi ke pantai Jugra.
9. malam
Beramah mesra dengan salah seorang keluarg
angkat. Makan dan berbual mesra sambil bermain fb. J
Jumaat
16.11.2012
9. pg
Melawat IKS
kek dan roti milik seorang guru bahasa Arab.
Kedai kek di Kg Endah ini mendapat bantuan bahagian pertanian selain membeli dan
menambah alat kelengkapan melalui pendapatan yang diperolehi. Pelajar diberi ole-ole oleh pemandu pelajar .
10.pg
Melawat
perusahaan dodol secara tradisional di Kg Endah. Perusahaan itu dijalankan
sendiri oleh pemuda kampung terbabit. Biarpun sudah banyak perusahaan dodol
menjalankan secara komersial dan mesin, tetapi pemuda contoh kampung terbabit
ingin mengekalkan tradisi mengacau dodol keluarganya selama yang boleh. Kami tutur diberi petua untuk menjaga kuali
besi, iaitu menyapu sedikit minyak kelapa atau zaitun pada permukaan kuali
untuk mengelakkannya cepat karat. Masa menyediakan dodol dari mula menyediakan
baan sehingga siap ialah selama 7 jam.
Perusahaan kecil tersebut turut dilengkapi dengan bilik pembungkusan
yang agak sistematik dan moden dari aspek
kebersihan. Hal ini untuk menjaga kualiti dan kebersihan makanan yang
dihasilkan memandangkan dodol memerlukan penjagaan yang baik. Pasaran dodol Salam berkenaan adalah sekitar
Klang dan Bandar Banting serta banyak lagi tempat selain di stesen-stesen
minyak berhampiran.
11. pg
Aktiviti
mengisa di laut Morib. Pelajar dibawa menaiki kereta dan motosikal oleh pemandu pelajar yang mesra dipanggil Pak
Ngah. Kami turut diajar cara mencari
remis. Hasil tangkapan kami agak sedikit
mengecewakan memandangkan musim tengkujuh yang melanda perairan Malaysia
sekarang. Kami turut bertemu dengan
beberapa penduduk berhampiran yang turut mengisa, mencari ikan , mandi- manda
di pantai dan mencari remis. Saya juga
luka di kaki kerana terpijak belangkas.
9 malam
Kami telah mengadakan sesi BBQ di pusat aktiviti pelajar homestay. Kami bersama-sama dengan keluarga angkat
masing-masing, pemandu bas pelajar, serta penduduk kampung berhampiran
memanggang ikan, ayam dan kerang untuk dimakan bersama dengan sambal yang
sedap. J
17 nov 2012
9 pagi
Berkumpul
di pusat aktiviti dan kemudian bertolak ke rumah tok Ketua @ Tok Ramlan untuk
menjalankan rewang bagi majlis perkahwinan anak lelakinya. Para pelajar telah menolong menyediakan
bahan, membuat kuih koci, menyiang bahan mentah, membasuh pinggan dan menyusun
atur perabot kenduri. Kemudian pada
sekitar pukul 10pagi, hujan turun dengan lewat, tapi acara rewang tetap
berjalan lancar. Para ibu bapa menyiapkan makanan tengah hari untuk menjamu orang
kampung yang bergotong-royong pada pagi itu.
12.30
Tengah hari
Makan
tengan hari setelah penat bergotong-royong.
2 petang
Bertolak ke
putra jaya untuk menghadiri majlis perkahwinan di Masjid Besi , Putrajaya. Pelajar Beijing, Hashimah yang mana diberi
tugasan untuk menghuraikan tentang adat istiadat perkahwinan orang Melayu amat
berbangga dapat merakamkan kenangan dengan perkahwinan moden.
8 malam
Menghadiri
majlis cukur jambul salah seorang penduduk kampung Endah. Di sana kami berkesempatan melihat cara nasi
ambeng dihasilkan. Nasi ambeng merupakan hidangan utama dan boleh dikatakan
wajib untuk setiap kenduri yang dijalankan.
9 malam
Sekali lagi kami bertandang ke rumah Tok Ramlan
untuk menyambung tugas-tugas rewang yang perlu disiapkan. Kami para pelajar
sempat menolong seorang pelajar Beijing menemu bual penduduk Kampung Endah
untuk kajian tentang makanan tradisional di situ. Setelah makan malam, majlis
penutup dijalankan. Majlis perasmian dan penutup disempurnakan oleh YB kawasan
banting dan turut merupakan penduduk Kampung Endah iaitu Datuk Kassim
……………Sebelum itu, majlis suai kenal pelajar dengan penduduk kampung telah
dijalankan dengan meriah. Sesi karoke
dijalankan. Pelajar Beijing iatu Azman
sepat menyumbangkan suara menyanyikan lagu “Masihkah Kau Ingat oleh kopratasa”.
18 nov
Kenduri
berlangsung. Para pelajar menjadi
penyambut tetamu. Banyak makanan
tradisional dan kontemporari dihidangkan.
Para pelajar bermah mesra dengan orang Kampung dan bersuka ria sesame
keluarga angkat. Pelajar turut
berkesempatan bergambar dengan pengantin baru.
Kemudian sesi penyerahan kembali anak angkat kepada pihak APM
dijalankan. Suasana sedih dan muram mengiringi perjalanan majlis.
2.3 petang
Pelajar
berangkat pulang ke Universiti . Dalam perjalanan pelajar sempat singgah di
Pantai Morib untuk membeli sedikit buah tangan dan bersiar-siar di tempat
beranginan yang terkenal di daerah Banting, Selangor.
5 petang
Samai di
Universiti Malaya dan bersiap-siap untuk menyiapkan tugasan dan kuliah esok
hari. Ok tamat akhirnya. Kami rindu kampung Endah dan ibu bapa angkat serta Pak
Ngah dan Tok Ramlan yang banyak membantu sepanjang program ‘Homestay APM dan BSFU di Kampung tersebut dijalankan. J
No comments:
Post a Comment