Nurfazlina Ariffin
5 June
::Siapakah dia::
...
Insan ini bukan orang Melayu ,
tetapi adabnya lebih bagus dari sesetangah orang Melayu.
...
Profesor Madya Dr Lim Swee Tin,
...
> Merupakan penerima pertama 'cina' bagi anugerah penulisan "Sea write" ke-22 Bangkok.
> Beliau dilahirkan pada 26 september 1952 di Bachok Kelantan.
> Dibesarkan dalam lingkungan olahan dan budi pekerti Melayu menyebabkan beliau cenderung untuk memartabatkan mandiri orang Melayu dalam karya sasteranya.
...
> Bermula sebagai seorang guru, kemudian menjadi pensyarah bahasa di UPM.
> Seorang ahli aktif penulis- penulis Kelantan
>Pada tahun 1990, beliau terpilih mewakili negara dalam acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur!
>Lim Swee Tin juga Pengadil GAPENA bagi acara Sayembara Puisi Kebangsaan dari tahun 1995 hingga sekarang.
...
> Antara karya yang iconik dengan Lim Swee Tin ialah" BERSATULAH MELAYU!!! . Karya yang menunjukkan bahawa skop pancaindera matanya memahami jati diri Melayu itu sendiri.
*
> Kebanyakkan 'anak dagang' bukan tuanan Melayu kini beranggapan bahawa "Ketuanan Melayu bermaksud untuk menafikan hak bukan melayu di Tanah Merdeka, tetapi realitinya adalah berbeza. Kebaculan politik telah memberi paradigma yang salah tentang penyatuan kaum ( Dato' Firdaus Abdullah,2012: Kuliah politik Melayu di APM).
...
CONTOH PUISI
‘Ketika Kami Bercerita Tentangnya’ – Lim Swee Tin
Ketika kami bercerita tentangnya
bapa sedang tidur
aku cukup kenal
pada lelap matanya
tikar mengkuang lusuh itu
barangkali
, tambah melenakan bapa.
Tadi
lama sekali bapa menemani kami
mengisi malam-malam seperti selalunya
duduk mengelilingi pelita minyak tanah
yang kecil itu
semacam
pahit dan getir pengalamannya
begitu akrab pula
dengan kami semua.
Tidak pernah kami menyoal
mengapa
demikian
laut sejarahnya
kerana
seperti juga di hutan kehidupan ini
kami sedia memaklumi
akan
ketentuan
yang harus digenggam.
Asap pelita berkepul
sesekali meliuk digerak angin
ketika kami bercerita
tentang bapa
aku cukup faham
pada sebuah doa
yang selalu disebutnya:
Semoga ombak masa laluku
bukan gelombang masa depanmu.
...
P/S Penulis : Selain penulisannya yang puitis,
suara dan karismatiknya menjadi agen utama kepopularan beliau..........♥
No comments:
Post a Comment