:.:Faiq ( duduk dan berkaca mata) mengharumkan nama Universiti Malaya selepas terpilih mewakili Malaysia dalam "Kejohanan Bola Sepak S- Sebelah Jemputan Antarabangsa di Thailand pada 27 September hingga 1 Oktober 2012:.:
|
:.:Faiq bin Adnan ( tengah) merupakan pelajar tahun ke-2 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaysia. Mengambil Pengkhususasan Kesusasteraan Melayu di Jabatan Sastera dan merupakan seorang mahasiswa OKU yang sangat berdikari :.: ( Juga merupakan seorang 'classmate saya...hehe.)
***
::.:Bercerita mengenai pelajar OKU di UM( waima di mana-mana Institut Pengajian Tinggi), rata-rata mereka sangat berpotensi dalam pelajaran. Terus terang dari hati saya katakan mereka sangat berjiwa besar dan sangat tabah, terutamanya bagi mereka yang menghadapi kekangan penglihatan.
*
Pernah juga terlintas di ufuk fikiran saya tentang bagaimana mereka menguruskan kehidupan sehari-harian tanpa dibantu oleh pancaindera mata yang sangat penting? Cukuplah dengan situasi 'blackout' di tengah malam,serta merta dunia terasa gelap gelita. haha. Itu belum ditambah dengan tunggang-langgangnya perabot dan barang rumah bersepai dek dilanggar dalam kelam.
*
Dan akhirnya Al-Khalid menemukan aku dengan sebuah 'BUKU'. ''Siapa yang memandu mereka?". Masih jelas akan kulit muka lampiran lama tersebut di Surau Kolej Kediaman Ke-12. Catan manusia yang menaiki sampan-sampan kecil tanpa lantera, yang ada hanya suluhan lemah simbahan fajar pagi, berlatarbelakangkan mentari yang baru jaga dari lena di tengah lautan lepas. Mereka seakan-akan dipandu oleh suatu kuasa besar yang tidak pernah melupakan mereka walau sedetik dalam sesaat kehidupan ini. Terus terdetik di dalam hati....Siapakah yang memandu mereka? Terasa berdosa kerana selama ini menidakkan takdir Allah dan mempersoalkan kekuasaan-Nya dalam mentadbir makhluk-makhluk. Bahkan aku sendiri dengan mata pun selalu tersadung dek akar banir di jalanan, tak pun, terpijak lopak air. Sungguh benar firman Allah bahawasanya tiap sesuatu yang diciptakan-Nya pasti tanpa sia-sia.
*
|
:.: Kejohanan ini merupakan penyertaan ke-2 Malaysia di peringkat antarabangsa melibatkan "Persatuan Sukan Cacat Penglihatan Malaysia ( MBSA) yang pergerakannya dikelolakan oleh Dr. S. Radhakrisnan selaku presiden MBBS. Penyertaan Malaysia kali pertama ialah di 'Kejohanan Asia IBSA 2009 ke-3 di Tokyo:.:
:.:.:.:.:.:.
Satu lagi isu yang aku ralat berkenaan OKU ialah sikap rakan-rakan sekuliah yang akan sedaya upaya tidak mahu sekumpulan dengan kawan-kawan OKU dalam menyiapkan tugasan kuliah bahkan mengelak untuk bersama-sama sewaktu perbincangan berkumpulan tutorial. Mereka takut hendak berkomunikasi atau mereka pandang rendah? Entahlah. Yang pasti, huluran tangan ke atas golongan kelainan upaya ini masih cetek, meskipun dalam kalangan mahasiswa.
...
Bercakap tentang pengalaman diri sendiri berkumpulan dengan faiq dan rakan-rakan oku yang lain, adalah satu kepuasan buat diri. Kerana mereka sangat terbuka dan sedia menerima pandangan . Salah satu tugasan untuk subjek Metodologi Penyelidikan Sastera mendapat pujian yang julung-julung kali daripada pensyarah. Yang mana bercantas akal dan mengasah pena adalah cuma kami bertiga, Aku, Faiq dan Rifaat yang kedua-duanya mengalami kesulitan penglihatan. Terbaik....hehe
***
Lupakan sebentar tentang isu itu, kita sambung isu utama...hehe
:.: Cenderahati@ Cenderamata@ ole-ole@ buah tangan@ ingatan dari sahabat seorang yang bernama Faiq dari kota Gajah Putih:.:
***
=]
No comments:
Post a Comment