Almarhum Jihaty Abadi, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara "SEA Write Award" pada tahun 1991. ( Yang juga tahun saya mula-mula melihat alam fana:: alangkah kebetulan....hehe^^) *** Potret yang terkarang di atas mengingatkan diri tentang suatu memoir yang manis untuk dikenang sepanjang usia. Tugasan kursus Penulisan Kreatif oleh Nisah Haron di UM menjadi titik tolak perkenalan dengan tokoh kependetaan bahasa yang amat berjasa kepada negara. Secara Serius, pengetahuan diri tentang pendeta tidak didendang adalah cetek sekali. Jodoh barangkali..hehe. PROSES PEMBELAJARAN yang berpanjangan dengan penulis Nisah Haron tepatnya. *** Pensyarah Nisah Haron meminta kami pelajar kursus berkenaan untuk menjalankan kajian terhadap tokoh-tokoh penulis tanah air untuk "SEA Write Award seramai 33 orang penulis mapan. A. Samad Said adalah penerima pertama anugerah ini pada 1979 bertempat di Thailand. ***
POINT
::Status "fb" Pengarang Nisah Haron sebenarnya yang mendorong ruang lingkup ini dinukilkan.
*Pntang sikap pelajar yang malas dan tidak bersungguh-sungguh dlam tugasan. (hhh sangat terkesan dihati sebenarnya status beliau. https://www.facebook.com/#!/nisah.haron?fref=ts.
1. Teguran atas sikap pelajar Universiti yang sekadar melepaskan batuk ditangga dalam menjalankan tugasan
2. Teguran tentang adab dan etika pelajar ketika berurusan dengan pihak luar, tokoh dan subjek kajian.
|
"Salam 1 Malaysia.
Saya XXXXXXXXX no. matrix 000000 pelajar Universiti xxxxxxx xxxxxxx, (XXX).
Dari fakulti XXXXX (xxxx).
Program xxxxxxxxxxxxxxxxxx.
Saya sedang mengambil kursus xxxxxxxx xxxxxxxxxx.
Di sini saya memohon jasa baik Cik untuk memberi kerjasama mengenai latar belakang Cik.
...Antaranya :
1. Biodata pengarang
2. Proses penulisan
3. Pengalaman menulis cerpen
4. Pencapaian terbaik
5. Gaya bahasa yang digunakan di dalam cerpen-cerpen yang dikarang oleh cik
Kerjasama Cik saya dahulukan dengan jutaan terima kasih"
Biodata saya, Pak Cik Google pun tahu. Untuk jawapan 2 - 4 ini hendak ke jawab dalam bentuk esei ke apa? Gaya bahasa saya bukan kerja saya untuk mengkaji apa yang saya sendiri tulis.
Kalau saya jawab semua ini, baik saya saja yang ambil kursus ini!
":.: Jelas hal sebegini banyak dan kerap kali berlaku dalam kalangan pelajar. Terus terang saya katakan "saya jugak pernah!....hehe, tapi kes yang membabitkan pelajar diatas memang agak keterlaluan...hoho. saya tidak seberani itu.Adib Noh Saya pernah terima email dari penuntut kejuruteraan untuk buat kajian dan mendapat pandangan dari bidang industri binaan.Untuk menjawab saya perlu menulis satu jam.I have got better things to do,so I just delete the email request.Period."
***
:.: Tapi cuba kita perhatikan sisi tersirat situasi ini, hal ini menggambarkan kependekan akal para mahasiswa yang bakal bergraduasi. Menyiapkan tugasan kurus dengan semudah itu pasti menyenangkan, namun 'mendangkalkan'. Masih lagi terusik di cuping telinga kata-kata Puan Nisah Haron di dalam kuliah,
::A atau pencapaian teratas bukanlah sesuatu yang utama untuk dicapai, Tapi proses mendapatkan A itulah mutiara sebenar::* Satu lagi masalah utama pelajar dalam melakukan interaksi dengan subjek kajian atau tokoh ialah adab. Mana mungkin hanya dengan e-mel, telefon dan mesej di medium sosial elektronik hubungan rasmi boleh dijalin. Hal ini jelas menunjukkan pelajar tidak hormat akan tamu dan mengenepikan adap jemputan dalam masyarakat Timur.
***
Antara perkara yang dianggap remah oleh pelajar sewaktu berurusan dengan subjek kajian:
- Menggunakan bahasa singkatan dalam e-mel rasmi kepada pihak yang ingin ditemuduga.
- Koordinasi yang serabut dan bertindan. 5 hingga 6 e-mel dari pihak yang berlainan dalam kumpulan kursus yang sama menghantar e-mel untuk temubual.
- Risik tarikh lapang sama ada melalui e-mel atau telefon.
- Dapatkan persetujuan bersama.
- Susul dengan surat rasmi sama ada dengan e-mel atau pos.
Buah tangan yang menyenangkan usai tamat menuntut ilmu dengan penulis Nisah Haron::, amat menyenangkan sekali, |
Dan buku ini akan menjadi antara "buku cinta buat saya" lantaran memori indah yang terjalur dalam PROSES saya mengenal penulisnya hingga saya habis membacanya . Sangat memotivasikan dan memberi inspirasi agar menjadi manusia yang 'memberi sebanyak-banyaknya dari sekadar menerima sebanyak-banyaknya.
***
=]
Salam ziarah, salam perkenalan. Agakan saya, saya tahu pelajar itu daripada mana. Rasa malu juga, bekas pelajar dari universiti tersebut. Tetapi tidak boleh salahkan pelajar juga seratus peratus. Barangkali proses untuk mendapatkan maklumat itu perlu diketatkan yang mana "perlu" menemubual penulis itu secara bersemuka, bukan secara alam maya. Akibatnya, jadilah seperti sekarang ini. Tetapi adakah prosesnya sudah begitu, pelajar ini pula ambil mudah. Jadi pelajar tersebut harus bertanggungjawab.-Sekadar pandangan.
ReplyDeleteSalam perkenalan, en. Tetamu Istimewa. Ya, saya juga setuju bukan salah pelajar tersebut seratus-peratus. Bagi saya, dalam apa juga suasana, kesilapan adalah satu bentuk pendidikan. Yang penting, individu tersebut dan orang sekeliling mengambil hal tersebut sebagai intibar. * tapi ada juga penulis yang tidak kisah ditemu bual secara maya dan santai...:) sekali lagi terima kasih kerana sudi singgah di laman saya
ReplyDelete