Wednesday, 31 October 2012

::Cinta Pertama...

::Pensyarah yang tiada dua di APM "the one and only!" i'm present to you:......>Prof Hashim Awang...jeng jeng jeng..hehe::
Kami pelajar APM amat menyenangi susuk pengarang, penulis buku dan eksekutif intelektual ini. amat!
Walaupun sering ketiduran di dalam kuliah, namun ilmunya masih dapat kuceduk sikit ( walaupun tidak sepenuhnya)...Ya Tuhan, aku tak mahu tidur, tapi apa kan daya...huhu.
***
Well, masih A untuk subjek Datuk Hashim Awang! hehe. Adalah penting mendapatkan 'berkat' ketika menuntut ilmu. Siapa mahu ilmu yang dipelajari menjadi sia-sia bukan? Kata emak 'berkat guru jangan dibawa main' itulah yang menentukan kejayaan seorang insan'.   Terima kasih emak Fatimah atas kepul-kepul nasihat dari anda! hehe.
***
Dan aku akui inilah antara sebab keputusan baik dalam peperiksaan, ialah budak sederhana seperti ini tidaklah genius seperti Albert Einsten ( Idola adik lelaki yang sedikit 'weird' yang mana bercita-cita untuk menjadi "Saintis Gila ( well, trust me, i'm engineer)!"
***
ANTARA PESAN EMAK
1. Jangan biar guru menunggu kita.
               ( Tapi inilah tabiat burukku...Ya Tuhan. Aku ingin berubah...MasyaAllah, terukkan?;0 )
2. Jangan mengutuk pensyarah walaupun salah adalah di pihaknya ( wallahua'lam)
3. Jangan letak buku / kitab di tempat yang rendah.
    bawah kaki, dalam tandas, duduk atas buku, waima bawah meja tempat terjulurnya kaki pun kalau boleh jangan.huhu
4. Tanyalah soalan!, itu akan membuatkan pensyarah berasa dihargai dan bukti pelajar mengikuti dan sedang menghadam ilmu yang beliau alirkan.=]
5. Jadikan adab islam sebagai laras ketika bergaul dengan pensyarah.

 " Nostalgik 50-an. Rasa-rasa anda siapa 
empunya foto yang begitu terserlah  
kesantunan anak Melayu ini?

( The one and only!.hehe)"
Angkatan Sasterawan 50.
Seperti khalayak ketahui, zaman 50-an merupakan zaman penting perkembangan SASTERA di Malaysia
Diopsesikan dengan perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan kemanusiaan telah merancakkan tari pena sebilangan besar sasterawan negara. Termasuklah A. Samad Said , iaitu antara "top 3" penyair pada zamannya.
mari telusuri sejarahnya!

.::. KATA KUNCI CINTA PERTAMA.::.
 
1. Puisi pertama:
  • Angan-angan dan gurindam,1913,oleh Omar Mustafa yang disiarkan dalam Utusan
 
2. Puisi terbaik 50-an:!
  • Seribu harapan oleh Masuri S. N  pada tahun 1951.
 
3. Tokoh sajak kabur :
  • 1958 oleh Noor S. I,
  •  A.S Amin dan
  •  M.Ghazali
 
4. "Top 3 Sasterawan ASAS 50:!
  •  Usman Awang,
  • Masuri S.N dan
  • A. Samad Said
5. Penulis sajak moden Melayu pertama:
  • Harun Amin Al Rashid yang berjudul "O Sarikoe"
  • dalam majalah Poejangga Baroe, bil 6 1933! 
6. Pelopor penulisan sajak:
  •  oleh penyair Pungguk atau Md. Yassin Maamur dalam "majalah Guru" ,mac 1943. Beliau juga merupakan pemimpin majalah Guru.
  • Antara sajaknya ialah: Tidak disangka-sangka, Keluh kesah dan selalu meragu.
7. Novel pertama:
  • Jan  1925, iaitu Hikayat Faridah Hanum yang mengetengahkan emansipasi wanita dan pertembungan antara 2 budaya .
"ILMU DARIPADA PROF HASHIM AWANG"

Sajak yang meniti di bibir...A. Samad Said, sajaknya pasti ada tarikan dan lainannya yang memikat. Berlatar belakangkan pendidikan Inggeris di zamannya, beliau banyak mendapat ilham lewat sastera barat. Itu momentemnya! Jadi martabatkan Bahasa Melayu, Perkasa Bahasa ilmu. =]

No comments:

Post a Comment