Sumber alam yang digunakan dalam ritual perlimau=], wangi dan sedap. hehe |
Adat Perlimau merupakan adat yang
dilakukan didalam seni mempertahan diri iaitu Silat Gayong. Adat ini bertujuan
untuk menerima seseorang ahli tersebut menjadi anak Gayong. Terdapat beberapa
alat yang digunakan dalam menjalankan adat perlimau ini. Setiap alat yang
digunakan mempunyai simbol tersendiri yang saling berkait dengan fitrah
kehidupan manusia.
Melalui adat yang dijalankan jalinan
kekeluargaan dan semangat pasukan jelas
kelihatan seolah-olah setelah mereka menjalani upacara ini hubungan antara ahli
seperti air yang dicincang tidak akan putus kerana mereka sudah dianggap
keluarga.Walaupun berada jauh bagi pesilat yang sudah menjalani adat Perlimau
masih dikatakan keluarga gayong.
Ritual ini menunjukkan budaya
melayu begitu kuat dalam masyarakat melayu, begitu juga dengan ritual perlimau
ini iaitu adat didalam seni mempertahankan diri yang mempunyai tujuan
tersendiri malah turut menerapkan nilai-nilai murni didalam diri pesilat. Tajuk
ini dipilih atas sebab Silat begitu dekat dengan diri melayu begitu juga
cerita-cerita lagenda melayu seperti didalam karya Tun Seri Lanang iaitu
Sejarah Melayu(1565) dimana pahlawan agung seperti Hang Tuah dan rakan-rakan seperjuangan
beliau mempelajari ilmu persilatan.
Melalui kisah yang dinyatakan begitu jelas
silat begitu hampir dengan masyarakat melayu dan turut menjadi identiti masyarakat
melayu. Maka sebagai masyarakat melayu menjadi kebanggaan kita untuk memberi
pendedahan mengenai adat Perlimau yang merupakan salah satu upacara penting
didalam seni mempertahankan diri tradisional ini. Jelas adat istiadat tidak
boleh dipisahkan dengan fitrah kehidupan manusia.
YB UM selaku MPPUM pun "perlimau"...>Zulaikha Adam=] |
SELAIN DARI BER'ADAT ISTIADAT
kita turut enjoy....yahoo!.hehe
https://www.facebook.com/groups/162392817117350/?ref=ts&fref=ts#!/media/set/?set=a.10150338301346733.346044.688836732&type=3
No comments:
Post a Comment