Monday, 5 November 2012

::Burung bebas di awan lepas...

Betapa aku menggemari ciptaan unik yang bernama burung.
:) Namanya sering teralun di dalam Kitab suci,
pasti ada analogi yang ingin Sang  Pencipta sampaikan kepada kita khalifahnya.
" Bahawa burung itu ciptaan yang istimewa, dan ambillah pengajaran darinya.

Lihat sahaja sirah agung sewaktu Ibrahim mencari Tuhannya,
Burung yang dikerat-kerat itu bukti wujudnya Tuhan
Burung punai menjadi inspirasi berkarya...syukurlah :)

Hasil catan tangan di Festival Sastera Kanak-Kanak 2012 di Universiti Malaya. ::Burung merpati dicatan batik.


/////////////////////////////////////////////
Surah yang senantiasa meruntun hati tentang cinta Tuhan pada makhluk.
................ <3
67:19. Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَافَّاتٍ وَيَقْبِضْنَ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ الرَّحْمَنُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ (19)
........................

Dari mana punai melarang

dari sawah turun ke kali,

dari mana datangnya sayang,

dari mata turun ke hati.

....................
fakta mengenai merpati di Alam Melayu:
ia lambang cinta sejati,
>kerana merpati atau punai hanya bersama pasangannya hingga akhir hayat, tiada dua ..
::cintaku, kerana Allah...

No comments:

Post a Comment